Selepas Lumpuh 6 Jam Kini Facebook, WhatsApp, Instagram Sudah Boleh Diakses Semula

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:26 Second

Cyberjaya — Perkhidmatan media sosial Facebook, WhatsApp dan Instagram kembali pulih selepas mengalami gangguan selama hampir enam, lapor Facebook.

Ketiga-tiga perkhidmatan yang dimiliki Facebook itu tidak dapat diakses melalui web atau aplikasi telefon pintar.

Downdetector, yang mengesan masalah itu, berkata ia adalah kegagalan sistem terbesar pernah berlaku dengan 10.6 juta laporan masalah dilaporkan di seluruh dunia.

Kali terakhir Facebook mengalami gangguan pada tahun 2019.

Pada waktu itu, Facebook dan aplikasinya yang lain tidak dapat diakses di seluruh dunia dalam tempoh lebih 14 jam. – AGENSI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *