Hajiji Terima Kunjungan Menteri Belia & Sukan Sabah

Read Time:45 Second


KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Ellron Angin dan rombongan di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Menara Kinabalu, hari ini.

Dalam kunjungan tersebut, Ellron memberi taklimat dan menjemput Hajiji merasmikan sambutan Hari Belia Negeri Sabah dan Hari Sukan Negara yang akan diadakan dalam bulan Oktober 2021.

Perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Sabah akan diadakan pada 9 Oktober 2021 di Gelanggang Bola Tampar, Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu.

Sementara perasmian Hari Belia Peringkat Negeri Sabah 2021 akan diadakan pada 16 Oktober 2021 di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu, Kota Kinabalu.

Turut hadir ialah Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Andi Muhammad Suryady Bandy, Setiausaha Tetap Kementrian, Encik Mansur Haji Asun, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Sabah, Apui Jan, Pengarah Majlis Sukan Negeri, Mohd Asneh Mohd Noor dan Timbalan Presiden Majlis Belia Sabah, Abqaree Fawaz Abekan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *