HomeUtamaHentikan Obsesi Kuasa & Kawalan Politik Ke Atas Sabah Dan Sarawak

Hentikan Obsesi Kuasa & Kawalan Politik Ke Atas Sabah Dan Sarawak

Read Time:1 Minute, 51 Second

KUALA LUMPUR : Pemimpin parti politik dari Semenanjung perlu menghentikan obsesi dengan kuasa dan kawalan politik ke atas Sabah dan Sarawak.

Ahli Parlimen Keningau Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, kini adalah masa untuk bertindak bagi membangunkan Sabah dan Sarawak dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) menerusi peruntukan RM400 bilion yang harus dibahagi 50:25:25.

“Peruntukan RM400 bilion untuk RMK-12 harus dibahagi 50:25:25, dengan RM200 bilion untuk Sabah dan RM200 bilion untuk Sarawak. 

“Kerajaan Pusat ada pilihan untuk meneruskan dengan cara yang lama yang kini sudah kuno dengan agihan 8 peratus atau 10 peratus peruntukan untuk Sabah dan Sarawak atau 25 peratus  untuk Sabah dan 25 peratus untuk Sarawak dan bersedia menanggung risiko daripada keputusannya,” katanya.

Beliau berkata demikian menyampaikan ucapan perbahasan RMK-12 di Dewan Rakyat disini hari ini.

Dr Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, Sabah dan Sarawak perlu diberi layanan saksama dan adil  dengan agihan peruntukan RMK-12 50:25:25.

Katanya, dengan layanan dan peruntukan yang saksama dan adil, Kerajaan akan dapat mengekalkan “golden goose Sabah dan Sarawak” dalam Persekutuan Malaysia.

“Peruntukan dan pembangunan untuk Sabah dan Sarawak tidak boleh dilengahkan lagi.  Di Kalimantan, jalanraya 4-lorong dan 6-lorong sudah siap dibina dan Kawasan-kawasan estet makanan pun sudah siap dibina dan kini berhasil.  

“Hanya tunggu permulaan pembinaan IbuNegera Indonesia di Samarinda, Kaliminatan.   Jika terlambat, segala pelaburan asing akan menjurus ke Kalimantan dan pembangunan terlewat untuk Sabah dan Sarawak tidak akan memberi impak yang sepenuhnya untuk menarik pelaburan asing ke Sabah dan Sarawak,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Jeffrey berkata, kerajaan Pusat diseru untuk mengkaji dan membenarkan penanaman “industrial hemp” serta “cannabis” di Sabah untuk tujuan industri hemp serta kegunaan perubatan seperti yang dibenarkan di banyak Negara diseluruh dunia. 

Katanya, penanaman dan penghasilan hiliran kedua-dua tanaman tersebut sebagai tanaman nilai tinggi boleh membantu meningkatkan hasil industri pertanian dan pengindustrian di Sabah khasnya dan Malaysia amnya.  

“Kedua-dua industri pertanian dan pengindustrian adalah antara 2 daripada 3 teras utama dalam Rancangan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 (2021-2025). 

“Semoga diharap Kerajaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membenarkan penanaman dan penghasilan hiliran kedua-dua tanaman tersebut,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki hilang, disyaki dibaham buaya selepas bot karam di Sg Kg...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular