HomeEkonomiUsaha MID Menerusi DIDR Selesaikan Masalah Dihadapi SME

Usaha MID Menerusi DIDR Selesaikan Masalah Dihadapi SME

Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID) menerusi Jabatan Pembangunan Perindutrian dan Penyelidikan (DIDR) akan membuat kajian untuk mencari penyelesaian masalah yang dihadapi oleh perusahaan kecil dan sederhana (SME) di sini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, pihak Kementerian dan DIDR akan mengadakan perbincangan lanjut dengan syarikat-syarikat terbabit.

Dr Joachim telah mengadakan lawatan kerja kilang SME di sini, semalam. Antara kilang yang dilawati oleh beliau ialah Dong Sin Food Sdn. Bhd. dan HKT Industries Sdn. Bhd.

Dalam lawatan itu, Dr. Joachim bertemu dengan pengusaha kilang-kilang tersebut untuk mendengar sendiri permasalahan yang dihadapi serta berterima kasih kepada kedua-dua kilang ini yang telah memberikan taklimat perusahaan secara interaktif.

Beliau turut mengambil maklum tentang masalah yang diketengahkan antaranya kesesakan kilang yang memerlukan ruang yang lebih besar untuk penyimpanan mesin-mesin kilang.

Katanya, syarikat HKT Industries Sdn Bhd yang memproses pelbagai produk seperti barangan plastik, perabot dan tilam, manakala Dong Sing Food Sdn. Bhd yang memproses mi kering memerlukan ruang yang lebih besar.

“Kedua-dua kilang ini bersama dengan 15 lagi syarikat dalam industri yang sama memerlukan bantuan dan meminta agar mengetengahkan masalah ini kepada Kerajaan Negeri serta mencari jalan penyelesaian.

“HKT Industries Sdn Bhd mempunyai pekerja seramai 300 orang manakala Dong Sin Food Sdn Bhd mempunyai seramai 117 orang, justeru kilang-kilang ini dapat memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah sendiri,” katanya.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Presiden Persekutuan Perindustrian Sabah (FSI), Richard Lim, Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Wong Tiang Sing serta pegawai lain.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular