HomeUtamaSESB Serah RM7.144 Juta Zakat Perniagaan

SESB Serah RM7.144 Juta Zakat Perniagaan

Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU :  Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menyerahkan RM7.144 juta zakat perniagaan bagi tahun 2020 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ir. Nasser Abdul Wahid berkata terdapat peningkatan dari segi jumlah pemberian zakat tersebut berbanding tahun sebelumnya hasil daripada pulangan dan prestasi yang baik yang berjaya diperoleh SESB.

“Pada tahun-tahun sebelumnya, SESB telah melaksanakan tanggungjawab membayar zakat perniagaan menerusi Tenaga Nasional Berhad namun pada tahun 2019 SESB turut memberikan saguhati sebanyak RM50 ribu kepada Majlis Ugama Islam Sabah.

“Pemberian saguhati berkenaan adalah kerana pada ketika itu SESB belum lagi diwajibkan untuk melaksanakan tanggungjawab untuk menunaikan zakat perniagaan.

“Namun bagi tahun 2020 pula, SESB telah diwajibkan untuk membayar zakat perniagaan berdasarkan kutipan pendapatan yang dicatatkan pada tahun tersebut dengan berdasarkan jumlah yang sebenarnya iaitu sebanyak RM7.1 juta,” katanya selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Sabah Electricity Sdn Bhd di Istana Seri Kinabalu, disini hari ini.

Selain itu, Nasser turut memaklumkan SESB akan terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab korporat sosial (CSR) kepada rakyat dan sebanyak RM2 Juta telah diperuntukan bagi tujuan tersebut.

“Program CSR SESB ini lebih memfokuskan dalam pemberian dari segi bantuan, pendidikan dan alam sekitar dan program ini juga akan diperluas ke kawasan-kawasan terpencil bagi memastikan segala bantuan yang disalurkan sampai kepada mereka yang memerlukan.

“SESB juga telah merangka pelbagai program CSR, antaranya ialah Program Sekolah Angkat,pemberian mesin dialisis dan pada minggu ini juga SESB akan melaksana program tahunan iaitu Program Ceria Ke Sekolah di beberapa daerah di Sabah,” ujar beliau.

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin dan Menteri Tugas-Tugas Khas,Datuk Mohd Ariffin Arif./PENERANGAN-

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia: Rakyat Derita Kesihatan Mental  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya