HomeIsu tempatanKPDNHEP Serbu Permis, Sita 1.12 Metrik Tan Gula Pasir

KPDNHEP Serbu Permis, Sita 1.12 Metrik Tan Gula Pasir

Read Time:1 Minute, 10 Second

TUARAN:  Sebanyak 1.12 metrik tan gula pasir kasar di dalam sebuah premis disita oleh Pasukan Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Tuaran hasil serbuan terhadap sebuah premis di daerah Ranau.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Daerah Tuaran, Saripudin Moleng berkata, keterangan awal pemilik premis telah direkodkan untuk tindakan siasatan lanjut dijalankan. Nilai anggaran keseluruhan sitaan ini adalah RM3,192.00.

“Semasa pasukan Pegawai Penguatkuasa menjalankan pemeriksaan di premis tersebut, pemilik premis gagal mengemukakan sebarang surat kebenaran dari Pengawal Bekalan Malaysia bagi urusan menjual barag kawalan kepada orang awam atau pengguna.

“Serbuan telah dijalankan oleh para Pegawai Penguat Kuasa daripada KPDNHEP Tuaran berikutan aduan orang ramai dan hasil risikan yang telah dijalankan selama dua hari,” kata Saripudin dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, tindakan kes ini akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan, mana-mana individu boleh didenda maksimum RM1 juta atau dipenjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.

Dalam pada itu, KPDNHEP memberikan amaran dan peringatan tegas kepada pihak-pihak tertentu agar tidak mengambil kesempatan semasa keadaan pandemik pada masa ini dengan menjual barang kawalan melebihi harga maksimum yang ditetapkan dan tidak menyorok barang kawalan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda.

“Pihak KPDNHEP mengalu-alukan kerjasama orang awam untuk tampil menyalurkan maklumat kepada KPDNHEP menggunakan saluran aduan rasmi KPDNHEP untuk menyalurkan aduan dan sebarang aktiviti penyelewengan barang kawalan,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular