HomeUtamaCOVID-19 : Kes Jangkitan Terus Menurun Di Sabah

COVID-19 : Kes Jangkitan Terus Menurun Di Sabah

Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU : Beberapa daerah di Sabah menunjukkan penurunan kes yang agak signifikan selain hanya dua buah daerah yang mencatatkan peningkatan kes pada julat dua angka.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Sabah juga turut mengekalkan trend penurunan kes jangkitan dibawah paras 600 iaitu sebanyak 532 kes direkodkan hari ini kurang 30 kes berbanding semalam.

“Tidak ada daerah yang mencatatkan angka jangkitan baharu melebihi tiga angka malahan hanya daerah Ranau dan Tambunan yang mencatatkan peningkatan kes pada julat dua angka.

“Beberapa daerah lain turut menunjukkan penurunan kes yang agak signifikan iaitu Pitas -25 kes, Beluran -19 kes, Beaufort -14 kes, Papar -12 kes dan Lahad Datu -12 kes,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, sebanyak 33.27 peratus daripada jumlah jangkitan pada hari ini adalah melalui saringan bergejala dimana ia merupakan satu petunjuk bahawa kes-kes sporadik penentu besar kepada turun-naiknya jumlah kes  harian di Sabah.

Katanya, daripada jumlah kes kumulatif harian yang direkodkan di Sabah hari ini, sebanyak 262 kes adalah kes jangkitan yang lewat didaftar dua hari atau lebih .

“Jumlah kes secara kumulatif pada hari ini ialah 532 kes, namun jika kita tolak kes-kes yang lewat didaftar dua hari atau lebih, jumlah sebenar kes yang berlaku dalam tempoh 24 jam lepas hanyalah 270 kes atau 50.75 peratus.

“Daripada jumlah kes jangkitan baru yang direkodkan hari ini, 20.86 peratus adalah daripada kategori satu dan 75.56 peratus adalah daripada kategori dua.

“Kategori satu dan dua lazimnya hanya memerlukan rawatan pemantauan di rumah atau bila perlu di PKRC,” katanya.

Katanya, terdapat 11 kes yang memerlukan rawatan dan penjagaan di hospital, empat  kes dalam kategori tiga, lima kes dalam kategori empat dan dua kes dalam kategori lima.

“Lapan kes lagi masih dalam penilaian dan siasatan lanjut,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya