HomeUtamaKa Siong Terima Kunjungan Pengerusi LPKP Sabah Dato' Chin Kim Hiung

Ka Siong Terima Kunjungan Pengerusi LPKP Sabah Dato’ Chin Kim Hiung

Read Time:40 Second

KOTA KINABALU : Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah, Dato’ Chin Kim Hiung mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong di pejabat beliau baru-baru ini.

Dalam kunjungan itu, Chin telah memberi taklimat ringkas kepada Ka Siong berkenaan program-program serta inisiatif kerajaan yang telah dilaksanakan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah sepanjang tahun 2021.

Antara program serta inisiatif kerajaan yang telah dilaksanakan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan di Sabah dan Labuan adalah pemberian bantuan PERMAI kepada 5571 penerima melibatkan RM5.57 juta peruntukan serta pemberian bantuan PEMERKASA Plus Fasa 1 dan 2 kepada 6755 penerima melibatkan peruntukan berjumlah RM3.24 juta.

Turut dilaksanakan adalah program bantuan bakul makanan bersasar kepada pemandu pengangkutan awam di Kota Kinabalu dan Sandakan serta kempen pendaftaran suntikan vaksin COVID-19.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular