HomeUtamaWAM 2-Care Berjaya Capai Matlamat, Bantu Golongan Memerlukan

WAM 2-Care Berjaya Capai Matlamat, Bantu Golongan Memerlukan

Read Time:1 Minute, 16 Second

TAMPARULI: Program Wadah dan Amal Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah (WAM 2-Care) bersama agensi Agama Islam Sabah (AIS) berjaya mencapai matlamat pelaksanaan selain mampu mengeratkan silaturrahim antara kakitangan terlibat.

Menteri Tugas-Tugas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, program jelajah di seluruh Sabah itu juga berjaya mendapatkan maklumat bagi menambahbaik setiap agensi dakwah di setiap daerah.

“Kita telah mengadakan jelajah WAM 2-Care di setiap daerah di Sabah bagi mendapatkan maklumat penambahbaikan setiap agensi dakwah di negeri ini.

“Mudah-mudahan ada yang boleh kita laksanakan dan tingkatkan.  Kita juga mengambil input-input atau maklumat di daerah yang boleh ditingkatkan untuk keberkesanan dakwah dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program WAM2-Care bagi daerah Tuaran dan daerah kecil Tamparuli di Masjid Ubudiyyah Pekan Tamparuli disini kelmarin.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli.

Lokasi berkenaan merupakan siri jelajah terakhir program tersebut pada tahun ini.

Terdahulu pada program itu, Mohd Arifin menyaksikan penyerahan bantuan bulanan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menerusi Tabung Zakat untuk Asnaf Fakir berjumlah lebih RM1.16 juta kepada 401 penerima di Tuaran tahun ini.

Selain itu, turut menerima sumbangan Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran, Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran, Masjid Haji Hajiji Noor Kampung Serusup dan Sekolah Agama Negeri (SAN) Kampung Tambalang.

Sementara itu, sebanyak RM115,680 bantuan bulanan MUIS turut disampaikan kepada 40 Asnaf Fakir bagi daerah kecil Tamparuli bagi tahun ini.

Turut menerima sumbangan Balai Polis Tamparuli; Masjid Ubudiyyah Pekan Tamparuli dan SAN Tamparuli.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya