HomeUtamaKerajaan Peruntuk RM63.32 Juta Jayakan Program Kebuniti

Kerajaan Peruntuk RM63.32 Juta Jayakan Program Kebuniti

Read Time:1 Minute, 20 Second

TELUPID: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM63.32 juta kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi menjayakan Program Kebuniti di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, program itu mampu memberi manfaat dari aspek ekonomi, sosial dan persekitaran setempat selain menjana peluang pekerjaan dan menyokong kepada keperluan makanan penduduk bandar dan luar bandar.

“Susulan daripada sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat telah mendorong kerajaan untuk memberi peruntukkan tambahan sebanyak RM30 juta pada tahun ini.  Selain peruntukan tahunan sebanyak RM4.5 juta ianya memberi manfaat kepada 39,608 orang melibatkan 25,775 lokasi seluruh Malaysia.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan diperuntukkan untuk Program Kebuniti setakat ini adalah sebanyak RM63.32 juta,” katanya semasa merasmikan Program Sentuhan Kasih Tani di Dewan Kg Bauto, disini hari ini.

Dalam pada itu, Dr Ronald turut memaklumkan Program Pertanian Organik dengan peruntukan sebanyak RM50 juta turut diperkenalkan pada tahun ini bertujuan bagi meningkatkan hasil pertanian ke arah makanan yang selamat dimakan dan mesra alam.

“Peruntukan tersebut telah disalurkan kepada pelbagai Jabatan dan Agensi di bawah MAFI seperti Jabatan Pertanian Malaysia(DOA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Jabatan Perkhidmatan Veterinar(DVS), Jabatan Perikanan(DOF) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia(MARDI).

“DOA telah menerima peruntukan sebanyak RM10 juta dan daripada jumlah tersebut sebanyak RM500 ribu telah disalurkan kepada Jabatan Pertanian Negeri Sabah.

“Manakala bagi daerah Beluran, seramai 27 komuniti melibatkan seramai 83 peserta dengan keluasan seluas 33 hektar telah menerima manfaat daripada program tersebut,” ujar beliau.

Terdahulu, Ronald menyampaikan sumbangan MAFI Prihatin dengan kerjasama Persatuan Gabungan Pekebun Buah-buahan Malaysia(FMFFA) dan Persatuan Buah-buahan Negeri Sabah kepada penduduk sekitar Kampung Bauto./PENERANGAN-

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya