HomeUtamaKerajaan Komited Capai Sasaran 30 Peratus Kuota Pemimpin Wanita

Kerajaan Komited Capai Sasaran 30 Peratus Kuota Pemimpin Wanita

Read Time:1 Minute, 52 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan komited melaksanakan usaha bagi mencapai sasaran kuota 30 peratus pemimpin wanita di peringkat akar umbi.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim berkata, sehingga kini penglibatan wanita masih belum tercapai kerana faktorstereotaip dan prejudis yang masih menghantui masyarakat pada hari ini.

“Jawatan seperti Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Ketua Adat, Ketua Anak Negeri dan lain-lain pemilihan pemimpin perlu berdasarkan merit, kepakaran, pandangan dan ketelitian mereka.

“Secara keseluruhan, Sabah belum mencapai sasaran kuota 30 peratus pemimpin wanita namun kita sedang berusaha ke arah mencapai kuota tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Webinar Bengkel Advokasi Polisi Kuota 30 peratus Pemimpin Wanita dalam Akar Umbi di Bilik Mesyuarat, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS), disini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Tetap KPLBS, Datuk Faimin Kamin, Timbalan Setiausaha Tetap II KPLBS, Maddinin Jemin, Pengerusi MPWS, Datuk Dr Tarsiah TZ Taman dan Pegawai Eksekutif Pacos Trust, Anne Lasimbang.

Jahid berkata, lantikan ahli dibawah JPKK hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dalam pelaksanaan penyertaan kepimpinan di akar umbi dalam mendokong penglibatan wanita.

Katanya yang turut berharap pentadbiran peringkat daerah dapat membantu dalam membimbing agar perlaksanaan mencapai 30 peratus wanita itu dapat dicapai. 

“Penglibatan wanita dalam peringkat pembuat keputusan amatlah diperlukan dalam membantu pimpinan di akar umbi.

“Atas sebab itu juga penyertaan wanita itu tidak perlu dibahaskan lagi kerana ini telah menjadi dasar setelah sekian lama dan kita harus mencari cara bagaimana harus mencapai sasaran itu.

“Oleh sebab itu, saya mengharapkan bengkel yang dianjurkan ini dapat mencetuskan satu cadangan bagaimana dapat melaksanakan secara teratur dan berkesan di peringkat akar umbi dan dengan adanya bengkel ini adanya garis panduan dalam mencapai target penglibatan wanita,” katanya.

Katanya, antara objektif webinar tersebut adalah untuk mencapai dasar kerajaan melibatkan 30 peratus kuota wanita dalam membuat keputusan di semua peringkat terutama dalam kalangan pemimpin akar umbi dan membincangkan cara penetapan dasar 30 peratus kuota wanita dalam kerajaan negeri.

Webninar anjuran bersama  Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS), (Partner of Community Organisations in Sabah (PACOS TRUST) dan KPLBS itu disertai 30 orang secara bersemuka, sementara 70 lagi secara dalam talian. 

RELATED ARTICLES
Utama

Nahas Helikopter TLDM : DUN Sabah bertafakur seminit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya