HomeUtamaNAFAS Salur Sumbangan Prihatin Peladang RM100 Ribu

NAFAS Salur Sumbangan Prihatin Peladang RM100 Ribu

Read Time:1 Minute, 14 Second

BELURAN: Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menyampaikan sumbangan Prihatin Peladang sebanyak RM100,000 kepada ahli peladang serta penduduk setempat.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ia adalah bukti keprihatinan terhadap ahli-ahli peladang serta penduduk dalam mendepani situasi pandemik COVID-19.

“Inisiatif ini juga adalah selari dengan MAFI bagi memastikan kebajikan golongan yang memerlukan khususnya dalam kalangan ahli keluarga petani, penternak dan nelayan sentiasa diberi keutamaan.

“Secara keseluruhannya, NAFAS memperuntukkan sumbangan lebih daripada RM1 juta atas prinsip tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang akan memberi manfaat kepada hampir 10,000 buah keluarga dalam bentuk wang tunai antara RM100 hingga RM200 setiap penerima.

“Dalam pada itu, sumbangan ini juga merupakan sebahagian daripada agihan wakalah zakat perniagaan NAFAS kepada asnaf yang terdiri daripada ahli peladang dan masyarakat setempat,” katanya dalam majlis Prihatin Peladang di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Beluran, disini semalam.

Tambah beliau, NAFAS sebagai sebuah institusi yang menerajui pergerakan Pertubuhan Peladang mesti terus diperkasakan menjadi badan perniagaan yang maju serta berdaya saing.

“Pertubuhan Peladang di semua peringkat akan meneruskan fungsi utamanya dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti dan dinamik serta terus berusaha terlibat secara aktif dalam keseluruhan rantaian industri padi negara.

“Selain itu, aktiviti nilai tambah dan hiliran khususnya dengan teknologi moden dan digital perlu terus diterokai agar produktiviti dapat dimaksimumkan serta pendapatan dapat ditingkatkan,” katanya lagi.

Turut hadir, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Samad Jambri, Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Datuk Zainal Abidin Yang Razalli dan Pengarah Bisnes Sektor Awam NAFAS, Saripol Baharin Karim./Penerangan-

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya