Budaya Sukan Perlu Diperkasa Dalam Kalangan Masyarakat

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Budaya sukan perlu diperkasakan sejajar dengan objektif Dasar Sukan Negara.

Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah berkata, dalam usaha merealisasikan hasrat Malaysia sebagai sebuah negara sukan, masyarakat di semua peringkat digalakkan menyertai aktiviti sukan yang merupakan perkara penting dan perlu dilakukan secara bersama.

“Sejajar dengan fungsi jabatan dalam memasarkan dasar dan kempen kerajaan kepada rakyat, Cawangan PENTARAMA mengambil inisiatif melaksanakan program PENTARAMA Fit Dance 2021 sebagai salah satu usaha menggalakkan rakyat bergiat aktif dalam sukan.

“PENTARAMA merupakan salah satu cawangan di jabatan ini untuk mempertingkatkan lagi kesedaran, kefahaman, semangat perpaduan serta sokongan padu rakyat atas segala dasar, falsafah dan wawasan kerajaan,” katanya.

Nadzerah berkata demikian semasa berucap merasmikan Program PENTARAMA Fit Dance 2021 peringkat Negeri Sabah di Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, disini semalam

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Azman Sipan dan Ketua Unit PENTARAMA, Mohd Mujahid halpi./Penerangan –

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *