HomeEkonomiPETRONAS Laksana Sumbangan CSR Di Sabah

PETRONAS Laksana Sumbangan CSR Di Sabah

Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: PETRONAS telah menyumbang sebanyak RM708,460 sebagai sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporatnya (CSR), inisiatif untuk Sabah melaksanakan tiga program kesejahteraan masyarakat dan alam sekitar yang baharu.

Program-program tersebut dikenalpasti oleh kerja bersama Jawatankuasa PETRONAS – Sabah iaitu platform kerjasama antara Petronas dan Kerajaan Negeri untuk pelaksanaan segera sehingga Disember 2021.

Program pertama adalah pembinaan menara pengawas dan jeti di Kampung Pantai Emas, Kota Belud, inisiatif oleh Pejabat Daerah Kota Belud yang bertujuan untuk meningkatkan pelancongan dan aktiviti perikanan di kawasan yang diperuntukkan sebanyak RM500,000.

Yang kedua adalah program Pasukan Tindakan Kecemasan Komuniti (CERT), inisiatif CSR oleh PETRONAS dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk memperkasakan komuniti untuk lebih bersedia menghadapi keadaan darurat antaranya sambil mempromosikan semangat kesukarelaan.

Kira-kira 200 pemimpin akar umbi dan anggota masyarakat dari Tuaran, Papar, Beaufort dan Sipitang akan terlibat dalam program CERT mulai akhir bulan ini yang mana RM108,460 diperuntukkan.

Baki RM100,000 adalah untuk Persidangan Perubahan Iklim Antarabangsa Sabah 2021 yang akan diadakan bulan depan, dianjurkan oleh Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menyaksikan penyerahan sumbangan PETRONAS yang diwakilkan oleh Ketua Penasihat Kerajaan dan Pengawal Selia PETRONAS Anuar Ismail kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong semasa sesi taklimat di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua PETRONAS Sabah dan Labuan Siti Ayu Abdul Wahab.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular