HomeUtamaKerajaan Proaktif Pastikan Rakyat Terima Bantuan

Kerajaan Proaktif Pastikan Rakyat Terima Bantuan

Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sentiasa mengambil berat dan proaktif dalam memastikan rakyat negeri ini menerima bantuan daripada pelbagai pihak, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau mengambil contoh agensi pendidikan utama negara, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berperanan membantu pelajar yang memerlukan, khususnya mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Katanya, PTPTN telah mengambil pelbagai langkah dan inisiatif untuk membantu para pelajar bagi meringankan beban kewangan mereka.

Antaranya menerusi Program PTPTN Prihatin: Jelajah Simpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) 2021 sempena Bulan Menabung Simpanan SSPN (BMS) 2021 bagi membantu meringankan beban golongan pelajar asnaf menerusi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan zakat korporat.

“Saya berharap melalui usaha yang diambil ini akan memanfaatkan lebih ramai pelajar pada masa akan datang bagi memastikan peluang mereka menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi terjamin”, katanya ketika menerima kunjungan hormat Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid dan rombongan di pejabatnya di Menara Kinabalu.

Hajiji turut menerima mock cek sebanyak RM80,000 untuk membantu pelajar-pelajar asnaf di Sabah daripada Ahmad Dasuki.

Seramai 800 pelajar akan menerima akaun Simpanan SSPN Prime dibawah PTPTN sebanyak RM100 setiap seorang. Program ini merupakan kerjasama di antara Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Hajiji berharap menerusi pemberian sumbangan ini, ia akan memberi manfaat yang besar kepada pelajar di IPT dan meringankan beban kewangan mereka, disamping mampu memupuk kesedaran kepentingan menabung.

“Dengan usaha murni PTPTN dan nilai yang mereka cuba tanam dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan menabung, saya menyeru kepada semua agensi Kerajaan Negeri dan swasta di negeri Sabah ini untuk turut sama menyokong usaha, kempen dan promosi penabungan oleh PTPTN di mana-mana lokasi bersesuaian di negeri ini”, katanya.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Mastura Mohd. Khalid, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Abidin Marjan dan Pengurus Besar PTPTN Negeri Sabah, Muliati Kamaruddin.

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas individu, syarikat gagal selesaikan tunggakan bayar cukai, kompaun –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya