HomeUtama50 Buah Karya Koleksi Catan TYT Sabah Dipamerkan

50 Buah Karya Koleksi Catan TYT Sabah Dipamerkan

Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 50 buah karya koleksi catan lanskap dan alam semulajadi seni Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dipamerkan sempena sambutan Hari Jadi Rasmi ke-68.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata, pameran khas yang dikendalikan Jabatan Muzim Negeri Sabah secara maya itu turut memilih enam buah karya Yang di-Pertua Negeri untuk dianimasikan dengan kesan khas audio dan visual.

Katanya, ia bagi menjadikan pameran berkenaan lebih menarik selaras dengan penggunaan teknologi digital masa kini selain boleh menjadi satu bahan promosi kepada pameran khas ini.

“Seperti yang kita sedia maklum, negara kita sedang dilanda pandemik COVID-19 namun itu bukanlah halangan dan alasan untuk Jabatan Muzium Sabah tidak dapat menganjurkan pameran ini.

“Jabatan ini telah mengambil pendekatan untuk melaksanakan pameran ini secara maya. Pameran karya-karya kaliini juga membawa kita semua untuk mendalami bakat terpendam yang dimiliki Yang di-Pertua Negeri Sabah dalam bidang seni catan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pameran Khas Karya-Karya Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin sempena sambutan Hari Jadi Rasmi ke-68 secara maya disini hari ini.

Jafry berkata, pameran itu bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai karya seni rupa untuk meningkatkan pengetahuan dan apresiasi masyarakat dalam seni dengan memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil seni melalui persepsi visual.

Katanya, rakyat Sabah bersyukur kerana mempunyai pemimpin yang berjiwa rakyat dan sentiasa menunjukkan keprihatinan serta mengutamakan kesejahteraan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

“Tuan Yang Terutama Tun juga telah membimbing kita semua ke arah perpaduan, kestabilan dan keharmonian di negeri di bawah bayu yang kita cintai ini.

“Doa serta harapan seluruh rakyat negeri ini, agar Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan serta keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berbahagia sepanjang masa,” katanya.

Kesemua karya boleh dilihat melalui laman Facebook Muzium Sabah di https://fb.watch/8MHkZdF3F3/ dan https://fb.watch/8MHjzcurAc/

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya