HomeUtamaPenternak Khinzir Disaran Peka Langkah Pencegahan ASF

Penternak Khinzir Disaran Peka Langkah Pencegahan ASF

Read Time:59 Second

PAPAR : Penternak khinzir disaran agar lebih peka dengan langkah-langkah pencegahan virus African Swine Fever (ASF).

Pegawai Daerah Papar, Hazlan Jablee berkata kesedaran perlu diterapkan khususnya dalam kalangan penternak khinzir yang terdedah kepada virus berkenaan.

“Kesedaran dalam kalangan penternak khinzir perlu diterapkan bagi mencegah virus ASF ini terus merebak.

“Langkah-langkah yang dicadangkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sabah perlu dititikberatkan oleh penduduk bagi memastikan virus ini dapat dikawal,” katanya.

Menurut Hadzlan, bermula 12 Oktober lalu, Papar diisytihar daerah wabak ASF setelah virus tersebut dikesan di Kampung Kogopon dan Kampung Purak. 

Hazlan memaklumkan demikian ketika ditemui  selepas Program Sepakat@Komuniti anjuran Pejabat Penerangan Daerah Papar di Tuhunon Bolotikon Riverside, disini semalam.

Terdahulu, dua taklimat berkaitan binatang ternakan dan kesihatan masing-masing disampaikan oleh Pegawai Penguasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah, Norhaini Madin dan Penolong Pegawai Persekitaran dari Pejabat Kesihatan Daerah, Ismail Lakarina.

Turut diadakan dalam program terbabit, penyampaian bakul makanan sumbangan Jabatan Penerangan Sabah oleh Timbalan Pengarah Penerangan Sabah Harun Maddasa kepada 10 Ketua Isi Rumah (KIR).

Hadir sama, Pegawai Pembangunan Masyarakat Dun Limbahau Datuk Johnny Mositun, dan Pegawai Penerangan Daerah Papar Sam Mansibu./Penerangan-

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan tidak benarkan pembinaan Rumah SMJ dibina di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya