HomePolitikUMNO Sabah Hantar Jentera Parti Ke PRN Melaka

UMNO Sabah Hantar Jentera Parti Ke PRN Melaka

Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU: UMNO Sabah akan menghantar jentera parti bagi membantu calon-calon UMNO/Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadualkan  bakal diadakan pada 20 November ini.

Ketuanya Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata jentera yang diwakili dari bahagian,Wanita,Pergerakan Pemuda dan Puteri itu akan berkampung di Melaka pada waktu berkempen dan menjelang pembuangan undi.

“Kita akan menghantar jentera dan akan diletakkan pada satu kawasan daerah mengundi yang ditentukan kemudian yang merangkumi beberapa buah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dan sesi  taklimat bersama Ketua-Ketua bahagian dan Ketua Ketua Sayap Wanita,Pemuda dan Puteri Umno di bangunan Umno Sabah baru-baru ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Umno Sabah Datuk Yakub Khan,Setiausaha Umno Sabah Datuk Jafry Ariffin , Bendahari Umno Sabah Suhaimi Nasir dan Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Raime Unggi.

Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, jentera akan lebih banyak  berkempen dari rumah ke rumah dalam kelompok kecil bagi mematuhi prosedur operasi standard (SO) yang ditetapkan.

Terdahulu ketika menyampaikan Amanat di majlis tersebut Ketua Umno bahagian Kinabatangan ini mahukan semua kepimpinan Umno bahagian Wanita Pemuda dan Puteri fokas kepada usaha memperkukuhkan parti melalui gerak kerja di bahagian masing-masing.

“Kita jangan fikir perkara lain, keutamaan kita adalah memperkukuhkan jentera parti, apabila parti kita kuat dan kukuh kita akan dihormati,” katanya.

Menurut beliau soal calon dan pemilihan parti ketepikan dahulu yang penting Umno perlu kukuh dan berada di landasan yang betul untuk berhadapan dengan Pilihanraya Umum akan datang.

“Saya selalu tegaskan Umno mempunyai struktur yang lengkap dari bahagian ,Wanita,Pemuda dan Puteri  dan cawangan ,apabila struktur ini dapat melaksanakan tanggungjawab serta peranan masing-masing tidak ada sebab kenapa Umno tidak dilihat sebagai sebuah parti lemah dan berpengaruh,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah tuan rumah ATE 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular