HomeIsu tempatanKKIB Beri Manfaat Kepada Semua Pihak

KKIB Beri Manfaat Kepada Semua Pihak

Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU : Kolaborasi Konsortium Komputeran dan Informatik Borneo (KKIB) sangat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat di dalam pelaksanaan KKIB.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Datuk ChM. Ts. Taufiq Yap Yun Hin berkata, tiga bidang utama di dalam pelan strategik KKIB, iaitu akademik, penyelidikan dan pascasiswazah, adalah merupakan komitmen setiap universiti yang terlibat di dalam kolaborasi ini sebagai institusi pengajian tinggi.

“Dari aspek akademik, KKIB dijangka akan membantu mempertingkatkan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran, serta mengukuhkan nilai tambah pensyarah.

“Ia turut meningkat kecemerlangan pelajar melalui penerimaan dan penyesuaian diri kepada teknologi dan ilmu pengetahuan baharu dan sentiasa berubah mengikut keadaan semasa yang diperolehi melalui perkongsian di antara rakan KKIB,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Pelancaran Memorandum Persefahaman (MoU) KKIB) disini hari ini.

Taufiq berkata, dari aspek penyelidikan, KKIB dijangka akan menyokong usaha UMS dan rakan-rakan KKIB mempertingkatkan kecemerlangan penyelidikan dan inovasi.

Katanya, KKIB juga akan memastikan kelestarian penyelidikan melalui penggalakan kepada bidang penyelidikan berimpak tinggi yang mampu bertahan lama dan boleh beradaptasi dengan keadaan semasa, lebih kos efektif dan bermanfaat kepada universiti serta masyarakat.

“Dari aspek pascasiswazah pula, KKIB dijangka akan memberikan pengalaman holistik kepada pelajar sarjana dan PhD melalui penganjuran seminar dan kolokium serta mempertingkatkan keterlihatan dan reputasi antarabangsa rakan-rakan universiti di dalam KKIB.

“Oleh itu, pihak UMS bersedia memberikan komitmen dan kerjasama terhadap kolaborasi ini untuk memastikan semua bidang keutamaan di dalam KKIB dapat dilaksanakan dengan jayanya.

“Saya percaya dengan pelaksanaan kolaborasi ini, ia akan mampu dijadikan sebagai satu platform kepada semua ahli akademik dan pelajar dari semua rakan kolaborasi untuk terus maju ke hadapan dalam mencapai kecemerlangan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, Taufiq turut merakamkan penghargaan tahniah kepada semua rakan kolaborasi KKIB iaitu Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Teknologi Brunei dari Negara Brunei Darussalaam, Universitas Mulia dan Universitas Mulawarman dati Kalimantan-Indonesia, di atas kejayaan mewujudkan kolaborasi yang amat penting dan bermanfaat ini.

“Terima kasih juga kepada Fakulti Komputeran dan Informatik kerana mewakili UMS di dalam kolaborasi ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular