Bung Mendahului Senarai 120 Penerima Darjah Kebesaran Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU : Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin mendahului senarai 120 penerima darjah kebesaran dan bintang serta pingat negeri Sabah.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah dikurniakan darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri Panglima’ bersama-sama mantan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

Pengurniaan tersebut berlangsung di Dewan Istiadat Istana Seri Kinabalu dalam Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang serta Pingat Negeri Sabah sesi pertama, hari ini.

Dalam istiadat berkenaan, 15 penerima lain menerima darjah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) antaranya, Timbalan Menteri Dalam Negeri II merangkap Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin, Ketua Cawangan Khas Sabah, Datuk Salleh Yahya dan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Faimin Kamin. 

Selain itu, Tun Juhar menganugerahkan Watikah Perlantikan sebagai Jaksa Pendamai (JP) kepada lima penerima iaitu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Arifin, bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, Tokoh Maulidur Rasul 2021, Zaloha Ahmad dan Datuk Soo Chung Yee serta Syamsul Osman.

Tun Juhar (kanan) mengurniakan pingat Jaksa Pendamai kepada Lee Chong Wei (kiri).

Sementara itu, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)  Pantai Manis, Mohd Tamin Zainal, Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah dan Timbalan Ketua Cawangan Khas Sabah, Asistan Komisioner Polis (ACP) Thurairajah a/l Subramaniam pula masing-masing menerima darjah Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) bersama 13 penerima lain.

Turut menerima kurniaan ialah 22 penerima darjah Ahli Darjah Kinabalu (ADK), 24 penerima Bintang Setia Kinabalu (BSK), 30 penerima Bintang Kinabalu (BK) 30 dan tujuh lagi menerima Pingat Perkhidmatan Terpuji (SK). 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *