Chong Wei Serah Raket Kepada Tun Juhar & Isteri

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU : Bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menyerahkan raket kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Menurut Chong Wei, raket yang diserah kepada Tun Juhar itu merupakan raket yang pernah digunakan beliau semasa bertanding di kejohanan sukan olimpik, sementara Toh Puan menerima raket yang digunakan Chong Wei semasa kejohanan Malaysia Open yang lalu.

Chong Wei (kiri) dan isteri Datin Wong Mei Choo (kanan) merakamkan gambar bersama Tun Juhar dan Toh puan Norlidah.

“Saya tahu bahawa Toh Puan meminati sukan badminton dan peminat saya, oleh sebab itu saya menghadiahkan raket sebagai pembakar semangat kepada pemain badminton khususnya di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media di Istana Seri Kinabalu selepas Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sabah, disini hari ini.

Beliau yang ditemani isteri, Datin Wong Mei Choo dianugerahkan watikah pelantikan sebagai Jaksa Pendamai (JP) sempena Hari Jadi Rasmi Ke-68 Yang di-Pertua Negeri Sabah./Penerangan-

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *