HomeUtama((KEMASKINI))- Mohamaddin Umum Keluar WARISAN

((KEMASKINI))- Mohamaddin Umum Keluar WARISAN

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU : Parti Warisan Sabah (WARISAN) terus mengalami pergolakan apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama Datuk Mohamaddin Ketapi mengumumkan keluar daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN) hari ini.

Susulan pengumuman itu, beliau turut mengistiharkan menjadi ADUN Bebas yang mesra kepada kerajaan negeri dibawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang ada pada masa ini.

Beliau mengambil keputusan itu demi usaha dan memberi tumpuan kepada kawasan diwakilinya yang juga merupakan kawasan Parlimen Lahad Datu.

“Tumpuan yang saya maksudkan adalah berhubung kemajuan dan pembangunan di kawasan saya yang kini masih tidak mempunyai sebarang bentuk kemajuan mahupun pembangunan di kawasan saya.

“Justeru, saya berpendapat jika sekiranya berterusan berada dalam kelompok pembangkang sudah tentu sekali kemajuan dan pembangunan di Segama akan terabai,” katanya dalam sidang media disini pagi tadi.

Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu merupakan pemimpin kedua WARISAN yang meninggalkan parti itu selepas ADUN Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob keluar pada 8 Oktober lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 lalu, Mohamaddin berkata, beliau pernah berjanji kepada pengundi untuk membawa sebarang bentuk kemajuan dan pembangunan di kawasan berkenaan termasuk membawa usul agar dibina sebuah Pejabat Daerah Kecil Segama.

“Atas alasan itulah saya pada hari ini mengistiharkan keluar WARISAN dan menjadi wakil rakyat Bebas atau mesra kepada kerajaan pada hari ini.

“Walaupun saya mesra kepada kerajaan negeri namun di peringkat kerusi Parlimen saya memilih untuk kekal bebas tanpa menyokong mana-mana pihak,” katanya.

Tambahnya, beliau sangat berbesar hati untuk mengundi dan menyokong usaha Kerajaan Persekutuan sekiranya undi yang ada padanya iaitu satu undi Bebas boleh membantu membuat keputusan demi kepentingan rakyat dan negara.

“Ini sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat yang dipilih pengundi bagi menjayakan sebarang usaha kerajaan untuk negara secara keseluruhannya,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular