HomeUtamaSesi Roadshow Pasca RMKe-12 Tepat Pada Masanya - Hajiji

Sesi Roadshow Pasca RMKe-12 Tepat Pada Masanya – Hajiji

Read Time:2 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyambut baik usaha dan inisiatif yang diambil Kerajaan Persekutuan menganjurkan Roadshow Pasca Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) bertujuan membuat hebahan mengenai dasar, strategi dan inisiatif rancangan itu kepada semua pihak berkepentingan di negeri Sabah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ini bagi memastikan pemegang taruh atau amanah di peringkat negeri mendapat maklumat terperinci dan penjelasan lebih tepat mengenai RMKe-12.

“Bertepatan dengan objektif RMKe-12 iaitu ‘Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan berlandaskan semangat Keluarga Malaysia’, saya berpendapat bahawa sesi roadshow seperti ini adalah satu pendekatan yang terbaik dan tepat pada masanya.

“Ia penting bagi memastikan pihak yang berkaitan bersama memainkan peranan dan tanggungjawab dalam merealisasikan pelaksanaan semua program serta projek pembangunan yang telah dirancang dalam tempoh lima tahun ini,” katanya sempena Sesi Roadshow Pasca Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) bersama Kerajaan Negeri Sabah, di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini pada Sabtu.

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Dato’ Sri Mustapa Mohamed.

Dalam pada itu, kerajaan negeri juga memberi jaminan akan memberikan sokongan dan kerjasama sepenuhnya agar program pembangunan RMK12 dapat dilaksanakan dengan jayanya.

“Dalam pembentangan RMKe-12 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 27 September 2021, Kerajaan Persekutuan terus memberikan perhatian utama dan fokus pembangunan yang lebih besar kepada Sabah dalam pelbagai sektor.

“Ini meliputi pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas, pendigitalan, jalur lebar pendidikan, kesihatan, pembangunan ekonomi dan wilayah serta bandar sempadan, memperkasa agenda Anak Negeri dan Bumiputera serta menyelesaikan isu-isu dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)”,katanya.

Hajiji berkata, beberapa isu dan cabaran antaranya kekurangan prasarana dan infrastruktur asas, ketidakseimbangan pembangunan, kolaborasi dan penyampaian perkhidmatan awam yang kurang cekap dan berkesan, dihadapi oleh negeri Sabah sepanjang tempoh pelaksanaan Rancangan-Rancangan Malaysia yang sebelumnya.

“Dengan mengambil kira isu dan cabaran tersebut, Kerajaan Negeri menyokong penuh langkah Kerajaan Persekutuan yang menggariskan lima bidang keutamaan dalam Pemacu Perubahan Ketujuh, ‘Memperkukuh Pembangunan Sosioekonomi di Sabah dan Sarawak’.

“Antara bidang keutamaan tersebut adalah untuk memantapkan penyediaan infrastruktur, mengoptimumkan potensi ekonomi, menambah baik akses kepada perkhidmatan sosial, mempertingkat pembangunan inklusif dan memperkukuh kerjasama antara agensi Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

“Oleh itu, saya mahu kementerian, jabatan dan agensi negeri agar memberikan tumpuan kepada lima bidang keutamaan itu. Saya percaya dengan komitmen, koordinasi dan kerjasama yang padu, pembangunan negeri dalam pelbagai sektor dapat dipacu ke tahap yang lebih tinggi seterusnya meningkatkan kesejahteraan rakyat di semua peringkat,” katanya.

Hajiji berkata Kerajaan Negeri dan rakyat Sabah berharap agar Kerajaan Persekutuan akan terus menyokong dan memberi perhatian kepada kemajuan negeri ini secara inklusif.

“Ini termasuklah pemberian peruntukan yang lebih besar pada pada masa hadapan bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan berimpak tinggi bagi merangsang pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat negeri ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular