HomeUtamaBung Sambut Baik Bajet 2022 Namun Perlu Ditambah Bagi Tingkat Keperluan infrastuktur...

Bung Sambut Baik Bajet 2022 Namun Perlu Ditambah Bagi Tingkat Keperluan infrastuktur Di Sabah

Read Time:1 Minute, 51 Second

KOTA KINABALU : Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menyambut baik pengumuman Bajet 2022 yang dibentangkan Menteri Kewangan Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat semalam.

Bung turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas peruntukan sebanyak RM5.6 bilion kepada negeri Sabah bagi melaksanakan pelbagai pembangunan di negeri ini.

Katanya, bajet yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera’ yang diperuntukkan kepada Sabah membabitkan kemudahan asas, infrastruktur, air dan elektrik serta pembangunan penjagaan kesihatan untuk negeri dilihat masih belum mencukupi.

“Bagi saya, jumlah peruntukkan sebanyak RM5.6 bilion kepada Sabah itu masih belum mencukupi dengan keluasan dan faktor geografi negeri ini yang luas khususnya yang membabitkan jalan raya, bekalan elektrik, air dan sebagainya.

“Justeru bagi saya, peruntukkan ini perlu ditambah dan dinaikkan kepada 10 hingga 15 peratus lagi bagi memenuhi keperluan pembangunan infrastuktur di Sabah,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, rakyat di negeri ini juga telah lama menanti pembangunan infrastuktur yang baik dan sempurna berbanding sebelum ini.

Katanya, bajet dalam aspek pembangunan ini perlu ditingkatkan bagi memastikan negeri-negeri miskin dapat mengejar pembangunan sama rata dengan negeri lain di negara ini.

“Jika ia tidak diberikan secara sama rata sudah pasti kita akan terus menjadi negeri miskin relatif sampai bila-bila.

“Ini juga termasuklah isu kemiskinan rakyat secara mutlak, dan sekiranya bajet pembangunan (akses kepada bekalan air bersih, pendidikan, internet dan pusat kesihatan awam) tidak diberikan secukupnya, Sabah akan tercatat sebagai negeri termiskin dengan daerah-daerah termiskin sampai bila-bila untuk kedua-dua kategori iaitu miskin mutlak dan miskin relative,” katanya.

Katanya, cadangan peruntukkan RM746 juta yang sebahagian besarnya adalah untuk 112 projek menaiktaraf sekolah usang di Sabah juga perlu terus dipercepatkan dan dilaksanakan segera bagi memastikan keselesaan anak-anak negeri ini mendapat pendidikan terbaik.

Dalam pada itu, Bung turut menyambut baik projek infrastuktur bernilai RM3.5 biliom termasuk Lebuhraya Pan Borneo diteruskan tahun depan.

“Pan Borneo ini perlu dilihat secara menyeluruh mengikut Fasa Pertama hingga Ketiga kerana ini merupakan janji Kerajaan Persekutuan kepada negeri Sabah.

“Justeru saya berharap Projek Pan Borneo ini dapat dilaksanakan dengan seberapa segera dan bukan dilaksanakan secara pakej, jika mengikut pakej sehingga 40 tahun pun belum tentu akan siap sepenuhnya,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya