HomeIsu tempatanJahid Bertemu Penduduk Pitas

Jahid Bertemu Penduduk Pitas

Read Time:58 Second

PITAS: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim bersama rombongan, telah mengadakan lawatan kerja ke Kampung Sejahtera Kobon, dekat sini, pada Jumaat.

Program diadakan sempena Lawatan Kerja Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Ke Daerah Pitas yang bermula sejak Khamis.

Kehadiran Jahid serta rombongan disambut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kobon, Amlin Sa, Ketua Kampung Kobon, Mitun Marundok dan para penduduk kampung.

Dalam ucapan beliau, Jahid memuji penduduk di kampung tersebut yang telah menyahut saranan kerajaan untuk mendapatkan suntikan vaksinasi COVID-19.

“Syabas dan tahniah kerana kita difahamkan oleh Pengerusi JPKK bahawa 100 peratus penduduk di Kampung Kobon sudah divaksinasi, dan sejak PKP sehingga hari ini, kampung ini masih kekal dalam Zon Hijau,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi JPKK, Amlin Sa merayu kepada pihak kerajaan agar memberi perhatian khusus keadaan jalan raya dan bekalan elektrik yang menjadi keperluan utama di kampung tersebut.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, yang juga Adun Pitas, Dato’ Sri Dr Ruddy Awah, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Harun Durabi, Setiausaha Tetap (SUT) Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS), Datuk Faimin Kamin dan Pegawai Daerah Pitas, Pegawai Daerah Pitas, Firuz Idzualdeen @ Benetty Mohd Dzul.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NDRC UMS perluas kerjasama peringkat antarabangsa dalam pengurusan bencana

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya