HomeUtamaCOVID-19: Sabah Alami Trend Peningkatan Kes Jangkitan

COVID-19: Sabah Alami Trend Peningkatan Kes Jangkitan

Read Time:1 Minute, 54 Second

KOTA KINABALU : Sabah dilihat mengalami trend peningkatan kes jangkitan COVID-19 berdasarkan graf kes harian bagi tempoh dua minggu yang lalu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata,ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan dengan mengambilkira kelonggaran pelbagai aktiviti ekonomi dan sosial.

Katanya, ia termasuk tahap pematuhan prosedur standard operasi (SOP) yang mula menurun dikalangan penduduk di negeri ini.

“Jumlah kes bagi negeri Sabah hari ini naik mendadak kepada 650 kes berbanding 589 kes semalam dan ini merupakan peningkatan yang agak besar iaitu sebanyak 61 kes.

“Daerah yang mencatatkan penurunan dan peningkatan kes adalah sama iaitu masing-masing 13 dengan satu daerah lagi kekal sebagaimana catatan semalam.

“Kecuali Kinabatangan dan Tawau, daerah-daerah Pantai Timur Sabah menunjukkan kawalan penularan virus COVID-19 yang baik dengan jumlah jangkitan yang sedikit,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, bilangan daerah yang mencatatkan peningkatan ketara agak banyak iaitu Tuaran +49 kes, Kinabatangan +40 kes, Beaufort +36 kes, Kota Belud +18 kes, Tawau +18 kes, Sandakan +11 kes dan Putatan +10 kes.

Katanya, daerah yang mencatatkan penurunan jumlah kes ialah Kudat -24 kes, Tenom -21 kes, Kota Kinabalu -19 kes, Tambunan -12 kes dan Lahad Datu -11 kes.

“Tidak ada kes lewat daftar keputusan ujian saringan COVID-19 melebihi lima hari direkodkan hari ini.

“Sejumlah 392 kes atau 60.3 peratus merupakan kes yang berlaku dan didaftar dalam tempoh 24 jam yang lalu.

“Sebanyak 244 kes atau 37.5 peratus adalah kes-kes lewat daftar antara dua hingga tiga hari. Selebihnya adalah kes-kes lewat daftar antara empat hingga lima hari. Ini satu petanda bahawa sistem pendataan JKNS bertambah baik berbanding sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, masyarakat diperingatkan sekali lagi keperluan bagi  mematuhi semua SOP walaupun sudah lengkap divaksin.

“Vaksin tidak menjadikan kita kebal daripada jangkitan. Kes-kes baharu setiap hari menunjukkan bahawa secara purata 60 peratus daripada semua jangkitan harian adalah keatas mereka yang sudah menerima vaksin lengkap.

“Keberkesanan vaksin dapat dilihat daripada statistik harian pesakit iaitu 95.4 peratus daripada keseluruhan kes hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, yakni pesakit-pesakit yang tidak perlu rawatan di hospital.

“Dua kes berada dalam Kategori 3, empat kes dalam Kategori 4 dan empat kes dalam Kategori 5. Sejumlah 20 kes lagi masih dalam penilaian JKNS,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya