Kerajaan Negeri Sabah Terima Dividen RM6.6 Juta Daripada Progressive Insurance Bhd

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:40 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah menerima dividen berjumlah RM6.6 juta daripada syarikat milik kerajaan negeri, Progressive Insurance Bhd, bagi tahun 2020, di sini pada Selasa.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menerima cek dividen itu yang diserahkan oleh Pengerusi Progressive Insurance Bhd, Tan Sri Sukarti Wakiman, di Pejabatnya di Menara Kinabalu.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan negeri, Datuk Rusdin Riman; Timbalan Pengerusi Progressive Insurance Bhd, Datuk Teo Poh Loon dan tiga pengarah syarikat berkenaan iaitu Paul Chong; Chee Shok Ting dan Mohamed Rifai Mohd Razi.

Hajiji berharap syarikat itu akan terus memajukan perniagaan agar kekal berdaya tahan dan mencatat keuntungan terutama ketika pandemik COVID-19 ini.

Sementara itu, Sukarti berkata semoga syarikat itu akan mencatat keuntungan yang lebih lagi pada tahun-tahun seterusnya agar dapat memberi dividen kepada kerajaan negeri.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *