HomeUtamaCOVID-19: Hampir Semua Daerah Catat Kes Jangkitan Tinggi

COVID-19: Hampir Semua Daerah Catat Kes Jangkitan Tinggi

Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU : Hampir semua daerah di negeri ini mencatatkan jumlah kes jangkitan COVID-19 yang lebih tinggi daripada sebelumnya selepas merekodkan jumlah kes yang rendah semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Sabah mencatat peningkatan kes baharu yang tinggi sebanyak 156 kes berbanding semalam menjadikan 549 kes yang direkodkan hari ini.

“Sebanyak 16 daerah mencatatkan peningkatan kes dengan lapan daripadanya mencatatkan peningkatan ketara iaitu Beaufort +32 kes, Kudat +19 kes, Kota Belud +18 kes, Kota Marudu +18 kes, Tenom +17 kes, Kinabatangan +17 kes, Pitas +13 kes, Lahad Datu +12 kes dan Ranau +11 kes.

“Tujuh daerah merekodkan penurunan namun hanya satu daerah yang menunjukkan penurunan signifikan berbanding semalam iaitu Sipitang dengan -16 kes,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, empat daerah lagi kekal dengan catatan sebagaimana semalam.

Katanya, daripada 549 kes yang dicatat hari ini, 155 adalah kes-kes yang didaftar lewat dua hari atau lebih selepas keputusan saringan diketahui.

“Kes-kes baharu yang berlaku dan didaftar dalam tempoh 24 jam yang lalu berjumlah 394 kes daripada jumlah keseluruhan,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, kes-kes jangkitan yang dianggap serius kekal rendah.

Katanya, jumlah kes dalam Kategori 3 seramai dua orang, Kategori 4 seramai lima orang dan Kategori 5 seramai tiga orang.

“Kebanyakan kes jangkitan adalah dalam Kategori 2, iaitu 465 orang (84.70 peratus) dan Kategori 1, 69 orang (12.57 peratus).

“Manakala lima kes lagi masih dalam siasatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular