HomeIsu tempatanMaritim Malaysia Tahan Bot Nelayan Lebih Muatan

Maritim Malaysia Tahan Bot Nelayan Lebih Muatan

Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot nelayan tempatan dalam satu rondaan Operasi Sejahtera di sekitar perairan daerah ini.

Operasi yang dijalankan di 0.41 batu nautika selatan Pulau Sapi itu dilaksanakan pada petang kelmarin.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, pemeriksaan ke atas bot nelayan berkenaan dijalankan selepas mendapati mencurigakan berikutan muatan yang melebihi kapasiti.

Katanya, pemeriksaan mendapati bot tersebut mempunyai nombor pendaftaran yang sah, namun telah melakukan kesalahan dengan membawa penumpang melebihi kapasiti dibenarkan.

“Tambahan pula bot itu digunakan membawa seramai 10 orang pemancing warga tempatan termasuk dua kru dan seorang juragan.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bot tersebut telah melanggar syarat lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Perlabuhan dan Dermaga Sabah kerana menjadikan bot nelayan sebagai bot membawa pemancing.

“Juragan dan kru bot tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah peraturan 11(F) Enakmen Pelabuan dan Dermaga Sabah 2002 iaitu membawa penumpang melebihi had yang dibenarkan,” katanya dalam kenyataan disini semalam.

Mohd Rosli berkata, bot dan kru telah diserahkan kepada Jabatan Perlabuhan dan Demaga Sabah (JPDS) untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah merekodkan sebanyak 286 kes dari Januari sehingga Oktober 2021, di mana 133 daripadanya adalah kesalahan dibawah JPDS.

“Antara kesalahan -kesalahan JPDS yang direkodkan adalah alat pemadam api tamat tempoh, tidak mempunyai jaket keselamatan, gagal melaporkan pertukaran nakhoda dan kesalahan kecil yang telah ditetapkan dalam Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002.

“Jika didapati bersalah pemilik bot akan dikenakan oleh JPDS kompaun mengikut kesalahan yang dilakukan,” katanya.

Katanya, Maritim Malaysia turut memohon kerjasama daripada komuniti maritim untuk melaporkan sebarang kecemasan, aktiviti penyeludupan dan bom ikan yang berlaku dipersekitaran perairan Kota Kinabalu ditalian Pusat Operasi MN Sabah 088-387774 atau 999 (MERS).

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular