HomeUtamaPengembara Dari Luar Negara Boleh Jalani Kuarantin Wajib 7 Hari

Pengembara Dari Luar Negara Boleh Jalani Kuarantin Wajib 7 Hari

Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU : Pengembara warganegara dan bukan warganegara dari luar negara yang tiba di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) boleh dipertimbangkan untuk menjalani kuarantin wajib selama tujuh hari.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pertimbangan itu hanya diberikan kepada mereka yang telah lengkap vaksin COVID-19.

Katanya, bagi mereka yang belum lengkap vaksin atau tiada imunisasi perlu menjalani kuarantin wajib selama 10 hari.

“Di samping itu, pengembara yang lengkap vaksin juga boleh dipertimbangkan untuk menjalani kuarantin di rumah jika bersesuaian,” katanya dalam kenyataan disini semalam.

Sebelum ini, individu dari luar negara yang baru tiba di negeri ini diwajibkan menjalani kuarantin sehingga 14 hari.

Dalam perkembangan lain, Masidi berkata, Sabah merekodkan penurunan kes jangkitan dibawah paras 400 kes semalam iaitu sebanyak 393 kes dimana jumlah itu merupakan penurunan 54 kes berbanding angka kelmarin.

Katanya, hampir semua daerah menunjukan keadaan yang terkawal walaupun terdapat pertambahan dalam jumlah yang kecil dibeberapa daerah.

“Kecuali Kota Kinabalu, jumlah kes harian di daerah-daerah lain di Sabah adalah dibawah paras 50, dengan 12 daerah mencatat kurang daripada 10 kes. Malah tidak ada kes baharu yang dilaporkan di tiga daerah.

“Daripada 393 kes yang di catat semalam, 45.5 peratus (179 kes) adalah kes-kes yang didaftar lewat dua hingga lima hari selepas keputusan saringan diketahui.

“Kes-kes baharu yang berlaku dan didaftar dalam tempoh 24 jam yang lalu berjumlah 214 kes, yakni 54.5 peratus daripada jumlah kes keseluruhan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

QSB kukuh kolaborasi dalam pengurusan kesihatan pekerja asing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya