HomeUtamaProjek Mitigasi Banjir Penampang Dijalankan Mengikut Jadual

Projek Mitigasi Banjir Penampang Dijalankan Mengikut Jadual

Read Time:1 Minute, 10 Second

PENAMPANG: Kerajaan akan memastikan projek mitigasi banjir untuk daerah Penampang dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan akan memastikan projek mitigasi itu akan disiapkan selain dua daripada tiga pakej mitigasi banjir telah pun siap dilaksanakan.

Sementara itu, Hajiji telah menggesa kesiapsiagaan menghadapi bencana di seluruh negeri pada jangkaan musim monsun Timur Laut bulan ini.

“Saya telah mengarahkan semua jawatankuasa pengurusan bencana daerah di negeri ini supaya sentiasa berwaspada dan untuk meletakkan persediaan logistik bersiap sedia termasuk tempat pusat pemindahan sementara (PPS) di semua daerah,” katanya selepas menyerahkan sumbangan kepada mangsa banjir yang terjejas pada September lalu di Pusat Kebudayaan Sabah di sini, pada Jumaat.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri juga bekerjasama rapat dengan rakan sejawatannya di persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) khususnya dalam penyaluran bantuan kewangan dan peruntukan sekiranya berlaku bencana pada musim tengkujuh.

“Kerajaan akan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat tanpa mengira latar belakang mereka,selaras dengan semangat “Keluarga Malaysia”, yang menggariskan tiga teras utama iaitu Keterangkuman (inclusivity), Kebersamaan (common ground) dan Kesyukuran (contentment).,” katanya.

“Semoga bantuan kewangan daripada kerajaan dapat meringankan beban mereka yang terjejas,” katanya.

Seramai 200 ketua isi rumah (KIR) daripada 937 KIR menerima bantuan tunai RM1,000 pada hari ini.

Selebihnya rumah yang terjejas akibat banjir di seluruh daerah pada September lalu akan menerima bantuan dalam masa dua minggu.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya