HomeUtamaKesejahteraan Kanak-Kanak Tanggungjawab Bersama - Shahelmey

Kesejahteraan Kanak-Kanak Tanggungjawab Bersama – Shahelmey

Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: Kepentingan dan kesejahteraan kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama semua pihak di negeri ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata kementeriannya menghargai  keprihatinan masyarakat dalam menjaga kepentingan dan kesejahteraan kanak-kanak yang juga merupakan golongan sasar di kementerian tersebut.

“Kanak-kanak merupakan aset penting yang bakal mencorakkan masa depan negara. Ketika ini banyak isu-isu yang melibatkan kanak-kanak di media sosial.

“Ini termasuklah menjadi mangsa penderaan, jenayah yang melibatkan kanak-kanak dan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak (PPKK) dan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) Negeri Sabah sesi 2021-2023 anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) disini semalam.

 Shahelmey berkata, pihaknya meminta agar masyarakat untuk terus menjadi mata dan telinga kepada kementeriannya agar kejadian seumpama itu dapat ditangani.

Katanya, kepentingan dan kesejahteraan kanak-kanak dalam segala aspek kehidupan adalah amat penting dan perlu diberi perhatian.

“Setiap lapisan masyarakat perlu peka terhadap keperluan kanak-kanak serta mewujudkan persekitaran yang harmoni dan penyayang,” katanya.

Dalam pada itu, Shahelmey turut berharap agar PPKK dan PKKK akan dapat terus bergiat aktif dalam membantu kanak-kanak yang memerlukan bantuan dan perlindungan.

“Saya amat berharap agar setiap PPKK dan PKKK akan dapat menjalankan fungsi dan peranan masing-masing  sebagai sebuah komuniti untuk membantu Kementerian menggalas tanggungjawab dalam membantu kanak-kanak dapat diperkasakan,” katanya.

Sebagai rekod, PPKK merupakan pasukan  yang membantu kanak-kanak yang memerlukan perlindungan segera seperti mangsa rogol, mangsa penderaan dan lain-lain.

Manakala PKKK pula merupakan pasukan yang membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah sosial seperti masalah ketagihan dadah, melakukan jenayah, lari dari rumah dan lain-lain.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya