COVID-19 : Kes Jangkitan Terus Menurun

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:58 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah terus menunjukkan trend penurunan dengan pengurangan 41 kes berbanding angka semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masid Manjun berkata, jumlah kes jangkitan baharu yang didaftarkan hari ini adalah sebanyak 364 kes.

“Peratusan kes-kes baharu yang diperolehi melalui saringan bergejala kekal tinggi pada tahap 38.2 peratus daripada jumlah kes keseluruhan.

“Kes-kes kategori ini sering dikaitkan dengan kegagalan atau kealpaan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) khususnya semasa berkumpul atau berada di khalayak ramai,” kataya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, ini terbukti melalui dapatan daripada punca kluster-kluster baharu yang muncul sekali sekala.

Katanya, adalah diharapkan agar seluruh masyarakat mengambil berat keperluan mematuhi semua SOP tatkala Sabah melangkah ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula hari ini.

“Daripada 364 kes hari ini, sebanyak 98 peratus adalah pesakit-pesakit dalam Kategori 1 dan Kategori 2.

“Dua orang pesakit sahaja dalam Kategori 3, juga dua orang dalam Kategori 4 dan seorang dalam Kategori 5,” katanya.

Katanya, tiga kes lagi masih dalam siasatan lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

“Sebanyak 96.2 peratus daripada jumlah pesakit hari ini adalah warganegara Malaysia,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *