Sokongan Padu Penyokong Sabah FC Penentu Kemenangan Malam Esok

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Sokongan padu daripada penyokong Sabah FC diharap mampu mencapai keputusan positif menentang PJ City FC di Stadium Likas malam esok. 

Ketua Jurulatihnya, Datuk Ong Kim Swee berkata, kehadiran penyokong pada dua perlawanan lalu sangat membantu pasukan sehingga mencapai kemenangan sabtu lalu.

“Apabila kita bermain dalam perlawanan-perlawanan penting seperti ini,  kehadiran penyokong merupakan salah satu aspek yang dapat membawa kejayaan kepada sesebuah pasukan.

“Saya berharap para penyokong The Rhinos di sekitar Kota Kinabalu atau pun dari seluruh Sabah dapat hadir pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan D malam esok kerana ini penting untuk memastikan pemain mendapat suntikan moral.

Datuk Ong Kim Swee

“Ini akan membantu prestasi mereka dan saya percaya mampu berubah sesuatu pasukan untuk layak ke peringkat seterusnya dengan adanya sokongan padu semua penyokong tegar Sabah FC,” katanya.

Kim Swee berkata esok merupakan perlawanan yang paling penting serta boleh diibaratkan sebagai perlawanan akhir sekali gus akan menentukan sama ada layak ataupun tidak.

“Jadi strategi perlawanan adalah untuk kita memastikan dapat kemenangan kerana walaupun seri kita akan terkeluar daripada saingan TM Piala Malaysia.

“Strategi kita sudah tentu kita perlu memikirkan corak serangan namun kita tahu pasukan PJ City FC mempunyai rekod yang baik terutama bermain dalam perlawanan yang penting dan mereka membuktikan ketika bermain dengan JDT.

Kim Swee berharap sesiapa sahaja yang diturunkan malam esok dapat memberikan saingan sekaligus dapat menumpukan perlawanan sehingga ke wisel terakhir seperti mana dilakukan ketika bertemu dengan Kelantan FC Sabtu lalu

‘Setakat ini beberapa pemain masih lagi mengalami kecederaan termasuk Park, Risto dan juga Hanafie termasuk Syukri.

“Kita masih lagi mempunyai sehari sebelum perlawanan. Manakala  kesebelasan utama hanya akan ditentukan sebelum sepak mula. Apa yang paling penting sesiapa diturunkan esok harus memberikan persembahan dan prestasi yang terbaik mereka,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *