HomeUtamaCOVID-19 : Kes Jangkitan Kembali Meningkat

COVID-19 : Kes Jangkitan Kembali Meningkat

Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah kembali meningkat secara mendadak dengan penambahan sebanyak 181 kes daripada 364 kes semalam kepada 545 hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, peningkatan kes hari ini didorong oleh faktor pertambahan kes baharu yang banyak di lapan daerah.

“Antara daerah yang merekodkan pertambahan kes ialah Beaufort +55 kes, Kota Marudu +40 kes, Ranau +29 kes, Sipitang +17 kes, Lahad Datu +15 kes, Kudat +14 kes, Pitas +12 kes dan Tambunan +10 kes.

“Kes-kes berpunca daripada saringan bergejala yang sinonim dengan kes-kes sporadik masih agak tinggi iaitu 205 kes atau 37.61 peratus,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, kes-kes ini sering dikaitkan dengan kegagalan rakyat untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, peralihan Sabah ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sedikit sebanyak akan mengakibatkan risiko jangkitan virus yang lebih tinggi.

“Sekali lagi adalah diharapkan agar masyarakat mematuhi semua SOP sepanjang masa,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, jumlah pesakit dalam kategori serius yang memerlukan rawatan di hospital kekal rendah.

Katanya, pada hari ini cuma ada tiga orang pesakit dalam Kategori 3, empat pesakit dalam Kategori 4 dan seorang pesakit dalam Kategori 5.

“Sejumlah 532 kes atau 97.61 peratus daripada 545 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 (44) dan Kategori 2 (488).

“Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) masih membuat siasatan lanjut ke atas lima kes,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular