Skuad Badak Perlu Kekalkan Momentum Kemenangan – Kim Swee

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Sabah FC menaruh harapan mengekalkan momentum kemenangan menewaskan Melaka United FC (MUFC) dalam perlawanan suku akhir pusingan pertama di Stadium Likas malam esok.

Ketua Jurulatihnya, Datuk Ong Kim Swee berkata pastinya perlawanan malam esok berbeza berbanding sebelum ini ketika Sabah FC mencapai dua kemenangan berturut-turut.

“Saya percaya Melaka merupakan satu pasukan yang cukup baik, terutama prestasi mereka pada saingan Piala Malaysia peringkat kumpulan.

“Mereka menewaskan pasukan Kedah….Saya jangkakan ini merupakan satu lagi cabaran yang harus ditempuhi. Kita tuntut sikap positif daripada semua pemain ketika bertemu PJ City FC dan juga Kelantan FC minggu lalu.

“Kita yakin mempunyai harapan untuk mendapatkan keputusan yang positif menjelang perlawanan malam esok,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Kim Swee berkata sudah tentu kelebihan bermain di tempat sendiri pada pusingan pertama akan dimanfaatkan sepenuhnya sekaligus mencatatkan keputusan positif.

“Kita perlu mengelak daripada melakukan kesilapan sama dalam pertemuan sebelum Ini. Pertemuan kalah mati serta bermain di tempat sendiri sudah tentu kita memerlukan kemenangan dengan jaringan gol.

Dalam masa sama Sabah FC tidak  boleh terburu-buru apabila bermain di peringkat timbal balik kerana jaringan gol di tempat lawan harus diambil kira.

“Pada perlawanan malam esok kita akan fokus bagi memastikan gawang gol tidak dibolosi sekaligus mencapai keputusan baik di Stadium Likas,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *