HomeUtamaTidak Semua Jalan Raya Dibawah Tanggungjawab JKR

Tidak Semua Jalan Raya Dibawah Tanggungjawab JKR

Read Time:2 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU : Pengguna jalan raya di Sabah diharap dapat memahami situasi yang dihadapi kerajaan dalam usaha menaik taraf jalan-jalan raya di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pihaknya mengakui sukar untuk mengelak persepsi masyarakat apabila timbul isu kerosakan jalan raya di Sabah yang sering dikaitkan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Katanya, tidak semua kerosakan jalan raya yang ditularkan disemua platform media merupakan tanggungjawab JKR sepenuhnya untuk memperbaikinya.

“Terdapat tujuh kategori jalan raya di Sabah iaitu Jalan Persekutuan, Jalan Negeri, Jalan Majlis-Majlis Daerah, Jalan Luar Bandar, Jalan Kampung, Jalan Kayu Balak dan Jalan Ladang Kelapa Sawit.

“Kategori Jalan Kampung, Jalan Kayu Balak dan Jalan Ladang Kelapa Sawit juga banyak mendatangkan masalah kerana jalan ini tidak berstatus dan terlalu sukar untuk diperbaiki,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keluhan netizen berhubung isu keadaan jalan raya di pelbagai daerah di negeri ini yang dipaparkan di media sosial serta tular sejak beberapa hari lalu.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, ini kerana jalan tersebut tidak didaftarkan oleh pejabat daerah masing-masing kepada Kementerian Kerja Raya (KKR) Sabah namun tetap menjadi perhatian umum untuk ditularkan di media sosial.

Katanya, netizen tidak dapat dipersalahkan sepenuhnya kerana mereka tidak memahami keadaan  yang sebenar jalan raya yang rosak tersebut dibawah bidang kuasa JKR atau agensi kerajaan yang lain yang bertanggungjawab memperbaikinya.

“Kita memahami rasa ketidakpuasan pengguna jalan raya terlibat bagaimana pun sebelum menularkan ianya perlu di teliti terlebih dahulu  isu yang dibangkitkan tanpa sebarang perasaan prejudis kepada kerajaan, jabatan atau pemimpin berkaitan,” katanya.

Dalam pada itu, Bung berkata, pihaknya telah menyediakan satu aplikasi aduan kepada pengguna bagi membolehkan pengguna menyalurkan aduan kerosakan berbanding menularkan di media cetak mahupun media sosial agar pembaikan dapat dilaksanakan.

“Jika kerosakan jalan raya yang ditularkan ada kaitan dengan tanggungjawab JKR, jabatan akan mengambil tindakan dan satu aplikasi aduan kepada pengguna telah disediakan.

“Jika jalanraya tersebut dalam tanggungjawab konsesi yang dilantik jabatan akan mengarahkan mereka untuk memperbaikinya segera,” katanya.

Sementara itu, Bung berkata, empat kategori jalan iaitu Jalan Persekutuan, Jalan Negeri, Jalan Majlis-Majlis Daerah dan Jalan Luar Bandar memang mendapat peruntukan sama ada dari kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri dan sumber-sumber lain namun ia tidak mencukupi.

“JKR, Kementerian Luar Bandar dan kerajaan negeri Sabah mengeluarkan peruntukan untuk empat kategori jalan terbabit tetapi tidak mencukupi untuk dibelanjakan kepada semua jalan raya yang rosak atau yang memerlukan naik taraf kerana peruntukan terhad,” katanya.

“Jadi kepada sesiapa yang tidak faham mengenai perkara ini diharap dapat maklum dengan keadaan yang berlaku.

“Selaku Menteri yang bertanggungjawab dalam infrastruktur asas di negeri ini,saya telah berusaha dengan apa cara sekali pun untuk mendapatkan peruntukan bagi memperbaiki, menaik taraf dan memastikan jalan-jalan raya di Sabah dapat diurus dengan sebaik mungkin dan isu ini juga selalu saya bangkitkan semasa  persidangn di Dewan Rakyat.

“Namun hasrat saya terbantut disebabkan faktor-faktor kewangan dan faktor lain. Saya harap dengan penjelasan ini semua pihak perlu memahami keadaan sebenarnya,” katanya.

Terdahulu, Bung turut menjelaskan perkara berkenaan menerusi Facebooknya baru-baru ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya