HomeUtama613 KRT Agih Bakul Makanan Kepada 26,000 Penerima Seluruh Sabah

613 KRT Agih Bakul Makanan Kepada 26,000 Penerima Seluruh Sabah

Read Time:59 Second

KUDAT: Sebanyak 613 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) terlibat dalam pengagihan bakul makanan membabitkan seramai 26,000 orang penerima seluruh Sabah.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat negeri, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, pengagihan melalui program RT Cares di bawah Kementerian Perpaduan Negara itu menyasarkan golongan terkesan akibat pandemik COVID-19.

Jelas beliau, program sedemikian merupakan salah satu inisiatif kerajaan yang mendukung falsafah prihatin dan bertanggungjawab bagi membela mereka yang terkesan.

“Untuk negeri Sabah, sebanyak 613 KRT dilibatkan dalam pengagihan RT Cares dengan melibatkan seramai 26,000 orang penerima.

“Program ini merupakan program daripada Kementerian Perpaduan Negara untuk memastikan kelangsungan komuniti ketika pandemik COVID-19 menerusi pemerkasaan tanggungjawab pihak KRT” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program RT Cares dan Majlis Penyampaian Sukarelawan Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) peringkat Daerah Kecil Banggi di Pulau Banggi, Kudat disini semalam.

Turut berlangsung dalam program tersebut adalah Penyampaian Skim Bantuan Bulanan Kebajikan daripada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Negeri Sabah kepada penduduk Pulau Banggi.

Program RT Cares telah dimulakan sejak bulan Ogos lalu dengan tujuan menyantuni golongan yang memerlukan terutamanya ahli KRT seluruh negara.

Terdahulu, dalam majlis berkenaan, Shahelmey turut mendedahkan pihak kementeriannya akan terus menyantuni golongan sasar dan layak.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya