HomeUtamaJawatankuasa Dasar Sekuriti Makanan Peringkat Negeri ditubuhkan

Jawatankuasa Dasar Sekuriti Makanan Peringkat Negeri ditubuhkan

Read Time:1 Minute, 8 Second

PUTRAJAYA : Jawatankuasa Dasar Sekuriti Makanan Peringkat Negeri ditubuhkan dalam usaha memperkukuh sekuriti bekalan makanan negara, menurut Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

MAFI dalam satu kenyataan berkata, penubuhan jawatankuasa itu dipersetujui dalam Mesyuarat Bersama Exco-Exco Pertanian Negeri Bilangan 1 Tahun 2021 secara maya yang dipengerusikan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee pada Isnin.

Menurutnya, usaha kolaboratif dengan kerajaan negeri itu akan memperkasa sektor pertanian negara menerusi peningkatan produktiviti, pengukuhan sistem sokongan dan perkhidmatan serta pengurusan sumber secara mampan.

“Jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh menteri besar, ketua menteri atau exco pertanian dan Unit Perancang Ekonomi Negeri sebagai urus setia, manakala keanggotaan jawatankuasa itu turut dicadangkan agar melibatkan exco dalam portfolio kesihatan, kesejahteraan rakyat atau kos sara hidup dan alam sekitar, selain pertanian.

“Jawatankuasa ini mengukuhkan sinergi dalam meningkatkan daya tahan sistem makanan negara ke arah menjamin kelangsungan bekalan makanan yang cukup, selamat, bernutrisi dan mampu beli secara berterusan kepada rakyat,” menurut kenyataan itu pada Isnin.

MAFI berkata, penubuhan jawatankuasa itu akan menjadi pemangkin kepada pengurusan sumber yang lebih cekap dan mampan serta menjadi pelengkap kepada tadbir urus Agenda Sekuriti Makanan Negara sedia ada.

Jawatankuasa itu juga akan menggalakkan pelaburan dan penglibatan sektor swasta untuk meningkatkan sekuriti makanan, memacu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat, selari dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara, menurut kementerian itu. – Bernama

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular