IPG Kampus Gaya Lancar Sambutan Jubli Intan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:46 Second

KOTA KINABALU: Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya melancarkan sambutan Jubli Intan sempena ulangtahun yang ke-60 di kampusnya, disini semalam.

Gimik pelancaran Sambutan Jubli Intan IPG Gaya (1963 – 2023) disempurnakan oleh Pengarah IPG Kampus Gaya, Dr Gerturude Jock.

Program tersebut merupakan program yang telah dirancang dalam Pelan Transformasi Gaya Beyond 2025  dan merupakan kesinambungan program sambutan ulang tahun penubuhan IPG Kampus Gaya yang dianjurkan setiap tahun.

Program  berkenaan bertujuan untuk menghargai serta menghayati detik-detik bersejarah penubuhan IPG Kampus Gaya sejak tahun 1963 sekali gus sebagai landskap penting dalam mencorak serta memacu perkembangan pendidikan guru di Malaysia khususnya di Sabah.

Turut diadakan, pelancaran Buku IPG dan Program Bicara Tokoh yang menampilkan Alumni Gaya iaitu Mantan Pengetua Maktab Perguruan Gaya,Datuk Kamal De Quara, Mantan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Seri Hasbullah Taha, Mantan Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad dan Abdul Jalil Tahir./Penerangan-

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *