HomeUtamaSabah Berpotensi Jadi Tarikan Pelancong Jepun

Sabah Berpotensi Jadi Tarikan Pelancong Jepun

Read Time:1 Minute, 43 Second

KOTA KINABALU: Sabah berpotensi menjadi tarikan kepada pelancong Jepun ke negeri ini bagi menikmati keindahan alam semulajadi yang menarik.

Perkara itu dinyatakan Pengarah Urusan Biro Pelancongan Jepun (JBT) Malaysia, Kiyoshi Fujita dalam lawatannya ke Sabah yang memuji keindahan negeri ini.

Fujita berkata Sabah merupakan salah satu destinasi tumpuan di Malaysia dalam kalangan orang Jepun dan ramai yang melancong ke negeri ini sebelum pandemik COVID-19.

“Ini adalah lawatan pertama saya ke Sabah dan saya telah pun melawat beberapa tempat menarik yang pasti menjadi popular dalam kalangan orang Jepun.

“Saya agak kagum, dan saya pasti pelancong Jepun tidak sabar untuk kembali ke Sabah,” katanya.

Selasa lalu, Fujita mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Datuk Joniston Bangkuai bagi berkongsi pandangannya mengenai potensi negeri ini bagi menarik pelancong Jepun.

Hadir sama Ketua Pegawai Pemasaran STB, Tay Shu Lan.

Dalam perjumpaan itu, Fujita turut menekankan kepentingan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dalam industri pelancongan, sambil menyatakan bahawa Kerajaan Jepun sangat tegas mengenai perkara itu.

JTB ditubuhkan pada tahun 1912 dan ia merupakan agensi pelancongan terbesar di Jepun. Ia juga adalah salah satu agensi pelancongan terbesar di dunia.

Fujita dilantik sebagai Pengarah Urusan JTB untuk Malaysia sejak Februari 2021 dan beliau telah melawat Melaka, Langkawi dan Kuala Lumpur.

Beliau tiba di Kota Kinabalu pada 13 November untuk lawatan kerja selama empat hari, di mana beliau melawat Pasar Minggu, Taman Tunku Abdul Rahman, Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Taman Kinabalu, Kolam Air Panas Poring, Klias River Cruise, dan pusat peranginan lain.

Sementara itu, Joniston percaya Sabah dan Jepun berkongsi idea yang sama tentang pelancongan mampan dan ekopelancongan.

Beliau berkata, pelancongan luar bandar boleh menjadi popular di kalangan pelancong Jepun, di mana mereka boleh melakukan aktiviti ‘shinrin-yoku’ atau ‘mandi hutan’ – konsep  yang digunakan di Jepun untuk menggalakkan orang ramai meluangkan masa menikmati alam dan udara segar.

“STB sentiasa bekerjasama dengan rakan kongsi kita di Jepun untuk terus mempromosikan Sabah sebagai destinasi pilihan.

“Sudah tentu dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa tahun depan, kita tidak sabar untuk mengalu-alukan kedatangan kembali pelancong dari negara Jepun,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya