HomePendapatLebuh Raya Pan Borneo Sabah: Inisiatif Kewangan Swasta (PFI)?

Lebuh Raya Pan Borneo Sabah: Inisiatif Kewangan Swasta (PFI)?

Read Time:4 Minute, 47 Second

1. Menurut laporan BERNAMA bertarikh 6 November 2021, Datuk Seri Bung Moktar Radin,  Timbalan Menteri Sabah, mencadangkan agar Perdana Menteri mempertimbangkan penggunaan mekanisme Inisiatif Kewangan Swasta/ Private Finance Initiative (PFI) agar projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah dapat di realisasikan dalam tempoh jangka masa yang lebih pendek.

2. Sepintas lalu, cadangan tersebut wajar di pertimbangkan agar rakyat Sabah dapat menikmati kemudahan infrastruktur awam yang telah lama di uar-uarkan dan di nanti-nantikan ini. Tambahan lagi, Lebuh Raya Pan Borneo dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi Sabah, seperti manfaat Lebuh Raya PLUS di Semenanjung Malaysia.

3. Inisiatif Kewangan Swasta (PFI) mula di perkenalkan di Malaysia pada tahun 2006, di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9). Ianya di perkenalkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai model perolehan baru untuk pembangunan serta penyelenggaraan aset infrastruktur serta fasiliti awam. Secara am-nya, PFI di Malaysia di definisikan sebagai:

‘the transfer of the responsibility of financing and managing capital investment and services of public sector assets to the private sector including the construction, management, maintenance, refurbishment and replacement of public sector assets, in return for lease charges that commensurate with the level, quality and timeliness of service provision as well as an amount sufficient to ensure returns on investment where the asset and facilities will be transferred to the public sector at the expiry of the concession period.’

4. PFI mula di laksanakan di United Kingdom pada tahun 1992. Sejak itu, ianya telah dilaksanakan dengan berjaya di negara-negara seperti – Jepun, Australia, Perancis, Itali dan Jerman. Pelaksanaan berkenaan telah dapat menjimatkan kos dan masa pembinaan, serta meningkatkan kualiti pembinaan.

5. Model PFI diguna-pakai oleh Kerajaan Malaysia untuk beberapa faktor, termasuklah:

  • meningkatkan penglibatan sektor swasta di dalam penyediaan serta penyampaian perkhidmatan awam.
  • merancakkan agenda pembangunan negara, kerana projek-projek dapat dilaksanakan tanpa menunggu bertahun-tahun sehingga kerajaan mempunyai dana yang mencukupi

Dari 2006 – 2013, hampir 900 projek telah dilaksanakan menggunakan model PFI. Antara projek-projek tersebut adalah – balai polis, politeknik, hospital, jeti,lebuh-raya, jambatan.

6. Salah satu contoh projek PFI ialah Jambatan Kedua Pulau Pinang. Projek ini telah mula dibina pada 2008, and dibuka secara rasmi pada awal 2014. Kerajaan Malaysia telah melantik syarikat Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) sebagai pemegang konsesi projek tersebut untuk 45 tahun. Manakala kontraktor utama yang dilantik adalah sebuah syarikat dari negara China iaitu – China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC).

Pembinaan jambatan ini telah melibatkan kos sebanyak RM 4.5 billion, dan dibiayai dengan dana dari negara China. Model PFI secara konsesi sebegini tidak menjadi beban kepada kewangan Kerajaan Malaysia kerana hasil kutipan tol jambatan tersebut digunakan untuk membiayai balik kos pembinaan.

7. Sebaliknya, sebagaimana yang telah diumumkan oleh Kerajaan Malaysia, tiada kutipan tol akan dikenakan kepada pengguna Lebuh Raya Pan Borneo. Ini bermakna tiada hasil pendapatan kepada Kerajaan Malaysia. Oleh yang demikian, sekiranya Lebuh Raya Pan Borneo dibina menggunakan model PFI, Kerajaan Malaysia terpaksa membiayai kos pembinaan tersebut dari dana dan aset kerajaan.

8. Justeru itu, cadangan Datuk Seri Bung Moktar Radin ini mesti di pertimbangkan dengan mengambil kira suasana ekonomi negara serta kedudukan kewangan Kerajaan Malaysia semasa. Baru-baru ini, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Bajet 2022 yang melibatkan defisit yang besar, iaitu perbelanjaan kerajaan melebihi pendapatan sebanyak RM 98 billion.

Sehingga Jun 2021, nisbah Hutang Negara ke Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)/ Debt to GDP ratio sudah berada di tahap 63%, iaitu menghampiri had/ siling 65% yang dibenarkan di bawah undang-undang. Mesti di ingatkan bahawa Kerajaan Malaysia telah meningkatkan had/ siling tersebut sebanyak dua kali di dalam jangka masa kurang dari 18 bulan lepas. Kali terakhir had/siling tersebut di naikkan adalah pada tahun 2009 ketika krisis kewangan dunia.

9. Situasi meminjam tanpa mempunyai sumber kewangan yang kukuh serta perancangan pembayaran balik yang teguh haruslah di elakkan. Ini terutamanya melibatkan dana pembiayaan dari luar negara. Banyak yang boleh di pelajari daripada peristiwa yang berlaku di benua Afrika ketika ini.

10. Benua Afrika telah menerima dana yang amat besar dari negara China, yang telah digunakan untuk membiayai pelbagai projek pembangunan infrastruktur, seperti pengangkutan dan sumber tenaga. Secara keseluruhannya, antara tahun 2000 – 2018, pinjaman oleh benua Afrika dari negara China adalah dianggarkan sebanyak USD$148 billion (~ RM600 billion).

Sejumlah 32 negara-negara benua Afrika menerima dana dari negara China termasuklah – Zambia, Kenya, Nigeria, Ghana, Angola, Sudan, Tanzania, Cameroon.

11. Sebagai contoh. Sejak 2013, Kenya telah menerima dana melebihi USD$5 billion dari negara China untuk projek pembinaan landasan keretapi, yang merupakan sebahagian daripada wawasan Belt & Road Initiative (BRI) negara China. BRI China adalah wawasan pembinaan infrastruktur global untuk menghubungkan negara China dengan negara-negara di dunia.

Terma pinjaman tersebut meletakkan Pelabuhan Mombasa sebagai kolateral/ cagaran. Ini bermakna sekiranya Kenya tidak dapat membayar balik pinjaman tersebut, negara China boleh mengambil-alih/ menguasai Pelabuhan Mombasa. Ketika ini, oleh kerana Pandemik Covid-19, Kenya menghadapi kesukaran untuk membuat pembayaran balik. Justeru itu, Kenya berdepan risiko kehilangan Pelabuhan Mombasa yang merupakan pelabuhan utama di timur benua Afrika.

12. Pada masa yang sama, negara-negara Afrika yang lain turut menghadapi situasi serupa. Jumlah hutang Djibouti kepada negara China dianggarkan melebihi 70% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)/ GDP Djibouti. Pada tahun 2017, Djibouti telah membenarkan negara China membina pengkalan tentera laut China di negara itu. Ini merupakan pengkalan tentera China yang pertama dan satu-satu-nya di luar negara China.

Angola dilaporkan mempertimbangkan untuk memberi pegangan ekuiti ke atas telaga minyak yang di milikinya kepada negara China. Zambia pula di jangka kehilangan pegangan kawalan ke atas aset-aset negara seperti penyiaran dan komunikasi, tenaga elektrik dan lapangan terbang.

13. Oleh yang demikian, Kerajaan Malaysia mesti berhati-hati di dalam membuat keputusan untuk meminjam dana, terutamanya dari negara luar. Kegagalan membuat bayaran balik boleh menyebabkan negara kita kehilangan aset negara, serta kedaulatan dan kebebasan.

Penulis Wan Azrain Adnan

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas individu, syarikat gagal selesaikan tunggakan bayar cukai, kompaun –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya