HomeUtamaSembilan Pasukan Bomba Komuniti Ditubuhkan

Sembilan Pasukan Bomba Komuniti Ditubuhkan

Read Time:1 Minute, 17 Second

PAPAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menubuhkan sebanyak sembilan Pasukan Bomba Komuniti membabitkan keahlian seramai 170 orang dengan kerjasama Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)

Pengarah JBPM Sabah Mohd Ali Ismail berkata, pasukan itu kini telah mempunuyai 411 Pasukan Bomba Komuniti membabitkan keahlian seramai 6065 peserta sepanjang tahun 2014 sehingga 2021.

“Pada hari ini (semalam) sebanyak sembilan pasukan Bomba Komuniti telah ditubuhkan dengan keahlian seramai 170 orang.

“Program kali ini melibatkan empat daerah iaitu daerah Tuaran, Papar, Beaufort dan Sipitang yang telah berlangsung dari 27 Oktober sehingga 5 November lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan dan Pentauliahan Pasukan Bomba Komuniti (CERT) di Toboon Minansar Eco-Tourism Centre Ulu Kimanis Papar disini semalam.

Mohd Ali berkata, antara syarat pentauliahan seorang ahli Bomba Komuniti hendaklah dengan jayanya menamatkan modul latihan selama 8 jam yang telah ditetapkan oleh JBPM yang merangkumi latihan teori dan praktikal.

Katanya, program itu merupakan program kedua yang dilaksanakan yang memfokuskan kepada masyarakat dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang keselamatan kebakatan.

“Jabatan berharap kerjasama ini tidak berakhir di sini dan aka nada kesinambungan untuk siri-siri dan pemilihan lokasi yang berbeza pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Ali berkata, program itu mempunyai tiga objektif utama iaitu Afektik; Kognitif dan Psikomotor.

Katanya, ia bagi memastikan masyarakat dapat menimba sebanyak mungkin ilmu kebombaan dan penyelamat yang disampaikan oleh JBPM dan PETRONAS.

“Selain itu, program itu juga akan mempertingkatkan lagi kredibiliti dan keyakinan dalam menghadapi sebarang kemerbahayaan kebakaran.

“Menggunakan segala pengetahuan dan juga kemahiran dalam menghadapi sebarang kecemasan yang tidak dijangka,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumikan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya