HomeUtamaSesi Persekolahan Di Sabah Tetap Bercuti Sempena Kaamatan Tahun Depan

Sesi Persekolahan Di Sabah Tetap Bercuti Sempena Kaamatan Tahun Depan

Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Sesi persekolahan di Sabah tetap bercuti sempena Pesta Kaamatan di negeri ini pada 30 dan 31 Mei tahun depan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Dr Mistrine Radin berkata, tarikh berkenaan adalah cuti kelepasan am yang digazetkan kerajaan negeri dan sekolah di negeri ini yang tertakluk kepada ketetapan kerkenaan.

“Meskipun takwim persekolahan 2022 – 2023 menyatakan tarikh berkenaan berada dalam hari persekolahan namun sesi persekolahan tetap bercuti pada perayaan Pesta Kaamatan di Sabah.

“Saya mendapat pertanyaan daripada pengetua dan guru besar berkaitan takwim persekolahan 2022 khususnya tarikh 31 Mei sebagai hari persekolahan.  Sila maklum bahawa cuti kelepasan am negeri tidak diambil kira dalam pengiraan hari persekolahan dalam takwim persekolahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sejak dahulu lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan disini hari ini.

Dr Mistrine memberi penjelasan mengenai kekeliruan terhadap takwim persekolahan tahun depan dikeluarkan KPM baru-baru ini yang menyatakan tarikh 30 dan 31 Mei berada dalam hari persekolahan.

Katanya, ia bukan melibatkan Sabah sahaja namun negeri lain juga sama dimana pada 30 dan 31 Mei 2022, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bercuti tetapi di negeri lain, tarikh itu adalah hari bekerja.

“Sekolah di Sabah akan bercuti pada 30 dan 31 Mei 2022 selagi digazet sebagai cuti umum oleh kerajaan negeri Sabah.

“Perkara ini adalah baharu bagi kita kerana selama ini, tarikh 30 dan 31 Mei berada dalam tempoh Cuti Persekolahan Pertengahan Tahun,” katanya.

Tarikh 30 dan 31 Mei 2022 jatuh pada hari Isnin dan Selasa.

Pesta Kaamatan adalah sambutan perayaan berunsur kebudayaan masyarakat Kadazandusun dan Murut di Sabah sebagai tanda kesyukuran terhadap hasil tanaman, khususnya padi.

RELATED ARTICLES
Utama

Pelajar Kolej Vokasional Keningau Wakili Malaysia di Taipei 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular