HomeUtamaDua Ditahan, Cuba Seludup Barang Kosmetik

Dua Ditahan, Cuba Seludup Barang Kosmetik

Read Time:1 Minute, 56 Second

SEMPORNA : Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) berjaya mematahkan cubaan penyeludupan barang kosmetik di perairan Pulau Danawan disini kelmarin.

Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim bin Ahmad berkata, kes itu dikesan dalam satu rondaan yang dijalankan pada jam 6.51 petang selepas mengesan dua buah bot laju yang mencurigakan.

Katanya, kedua-dua bot berkenaan dikesan pasukan Viper 04 bersama Tim Quick Reaction Force (QRF) Pulau Danawan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.

“Bot berkenaan di dapati datang dari arah utara Pulau Danawan, di luar kawasan perairan Malaysia menuju ke Semporna. Viper 04  telah berjaya memintas sebuah bot laju manakala sebuah lagi bot laju berjaya meloloskan diri.

“Pasukan Viper 04  bersama Tim QRF yang memintas bot laju tersebut telah membuat pemeriksaan awal dan hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut terdiri daripada dua orang awak-awak lelaki berbangsa Bajau berusia 22 dan 26 tahun selain tiada dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Abdul Karim berkata, sebanyak 33 buah kotak mengandungi barangan kosmetik ditemui yang dianggarkan bernilai sebanyak RM 67,453 selain 19 tong minyak kosong berkapasiti 40 liter/tong yang dipercayai digunakan untuk mengisi minyak petrol bagi tujuan penyeludupan yang seterusnya.

Katanya, bot tersebut ditahan atas kesalahan melakukan aktiviti penyeludupan barangan terkawal yang melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961 dan juga awak-awak bot tiada dokumen pengenalan diri yang sah.

“Bot laju tersebut telah ditunda ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna dan awak-awak bot tersebut kemudianya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna bagi membuat laporan polis.

“Mereka seterusnya dibawa ke Hospital Semporna bagi melaksanakan ujian saringan COVID-19 sebelum diserahkan semula kepada pihak IPD Semporna bagi siasatan lanjut oleh PDRM.

“Kerjasama yang erat di antara ATM, ESSCOM, PDRM, KKM dan PPM berada di tahap yang terbaik di dalam usaha menjamin keselamatan di Perairan Pantai Timur Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Karim turut merakamkan ucapan tahniah kepada Tim QRF dan Pusat Operasi Wilayah Bersama (POWB) ATB 2 atas kejayaan tersebut.

Beliau turut mengingatkan anggota operasi agar sentiasa meningkatkan kesiagaan dan keupayaan operasi yang optimum bagi menangani cabaran keselamatan serta lain-lain ancaman sebilang masa.

“Operasi sentiasa dilaksanakan bagi memastikan sempadan negara selamat di dalam usaha menyekat jenayah rentas sempadan dan mengetatkan lagi kawalan sempadan melalui pelaksanaan Op PASIR dan Op BENTENG BERSAMA di Perairan Pantai Timur Sabah,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya