HomeUtamaShahelmey Komited Laksana Program Keusahawanan

Shahelmey Komited Laksana Program Keusahawanan

Read Time:1 Minute, 5 Second

PUTATAN: Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat komited menganjurkan kursus-kursus kemahiran dan keusahawanan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata ini bagi melahirkan lebih ramai masyarakat yang berkemahiran dan berdaya saing.

“Ini seiring dengan aspirasi saya iaitu mahu mempergiatkan aktiviti ekonomi serta perniagaan masyarakat setempat di daerah Putatan khususnya Tanjung Keramat.

“Kita ingin menambah bilangan usahawan ataupun usahawanita di daerah ini. Ini untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi dan juga aktiviti-aktiviti perniagaan serta memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada mereka yang gigih berusaha,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutupan kursus gunting rambut anjuran Pusat Khidmat Rakyat DUN Tanjung Keramat di disini semalam.

Shahelmey yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat berharap kemahiran yang diperolehi daripada kursus tersebut akan terus dipraktikkan untuk menambah kemahiran disamping boleh menjana pendapatan tambahan.

“Ilmu yang dipelajari ini boleh menjadi satu kerjaya di masa hadapan jika terus dipraktikkan.

“Apa yang penting ialah menimba ilmu, disiplin diri, rajin berusaha dan seterusnya uruslah kewangan dengan baik dalam memulakan perniagaan  agar boleh maju ke hapadan,” katanya.

Terdahulu, seramai 20 orang belia di daerah ini menyertai kursus yang dijalankan selama sepuluh hari.

Para peserta didedahkan dengan kemahiran-kemahiran menggunting serta mendandan rambut daripada tenaga pengajar yang professional dari Institute Kecantikan Negeri Sabah (NUVIS).

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan tidak benarkan pembinaan Rumah SMJ dibina di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya