HomeIsu tempatanAMT PAADIAN: Semua Menang Tanpa Tanding, Tiga Muka Baru

AMT PAADIAN: Semua Menang Tanpa Tanding, Tiga Muka Baru

Read Time:1 Minute, 26 Second

SIPITANG: Mesyuarat Agung Persatuan Kadayan Sabah (PAADIAN) menyaksikan semua calon bagi memilih Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2021 – 2023, menang tanpa bertanding.

Mendahului senarai, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob berjaya mempertahankan jawatan yang disandangnya sebelum ini selepas tiada calon lain untuk merebut jawatan Presiden.

Datuk Osman Ahmed kekal sebagai Timbalan Presiden untuk tiga penggal berturut-turut setelah tiada pencabar untuk jawatan itu.

Bagi tiga jawatan  Naib Presiden, dua muka lama iaitu Ramlee Kariah dan Noor Hayaty Mustapha kekal menyandang jawatan itu. Sementara satu kerusi lagi diduduki oleh mantan Ahli Majis Tertinggi (AMT) yang lalu, Zulhilmi Asbi.

Sementara itu daripada sepuluh calon yang diisytiharkan sebagai AMT terdapat tiga muka baharu, iaitu Paridin Sitim, Ramawi Palil dan Shamsiah Ag Bungsu.

Tujuh AMT yang mengekalkan jawatan mereka ialah Mohd Rafie Isa, Manan Katak, Adnan Othman, Azrin Sohaini, Puasa Jambul, Ibrahim Moksin dan Kula Mamit.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Suhaili Bair berkata, pihaknya telah menerima borang pencalonan masing-masing satu calon untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

“Bagi tiga jawatan Naib Presiden, sebanyak lima borang pencalonan diterima, namun dalam tempoh bertenang dua calon telah menarik diri,” katanya.

Bagi 10 jawatan AMT, Suhaili memberitahu 12 borang pencalonan telah diterima. Bagaimanapun dua pencalonan ditolak kerana dikategorikan sebagai lewat diterima.

Bagi jawatan Setiausaha Agung dan Penolongnya serta Bendahari dan Penolong Bendahari akan dilantik oleh Presiden dengan persetujuan AMT.

Selain itu, terdapat enam kouta lantikan bagi jawatan AMT.

Mesyuarat yang berlangsung di SFI Motel itu dihadiri perwakilan dari 10 Zon PAADIAN iaitu Zon Kota Kinabalu, Papar, Menumbok, Beaufort, Usuk, Mesapol, Ulu Sipitang, Pantai, Sindumin dan Zon Banting.

Dua usul berkaitan pindaan perlembagaan dan perlantikan Jawatankuasa di peringkat zon yang dibentangkan oleh wakil Zon Mesapol dan Zon Beaufort telah diluluskan oleh perwakilan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya