HomeIsu tempatanPolis Marin Sandakan Banteras Aktiviti Bom Ikan

Polis Marin Sandakan Banteras Aktiviti Bom Ikan

Read Time:52 Second

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin Sandakan berjaya menumpaskan aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan letupan di Utara Laut Pulau Billean pada lewat pagi kelmarin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Sandakan, DSP Rusdin Banin berkata, PPM Sandakan berjaya menumpaskan lapan orang lelaki berumur dalam lingkungan lapan hingga 50 tahun menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan letupan.

“Hasil pemeriksaan lanjut telah dilakukan terhadap bot tersebut dan telah menemui beberapa peralatan yang disyaki digunakan bagi aktiviti mengebom ikan seperti detonator, botol kaca, mancis kayu, hos, kompresor dan beberapa kilo pelbagai jenis ikan disyaki diperolehi dengan cara mengebom ikan”,kata Rusdin dalam satu kenyataannya menerusi laman Facebook rasmi Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah.

Kesemua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat IPD Beluran untuk tindakan lanjut.

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM43,920.00. Kes disiasat dibawah Akta Bahan Letupan 1957.

Pasukan Polis Marin menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan apa-apa maklumat melalui aplikasi whatsApp Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah di talian 013-9391197 bagi memastikan keselamatan dan kemakmuran setempat terjaga dan terkawal.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular