HomeUtamaKePKAS Optimis Sektor Pelancongan Sabah Terus Berkembang

KePKAS Optimis Sektor Pelancongan Sabah Terus Berkembang

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU : Kebenaran rentas negeri ke Sabah yang mula dikuatkuasakan awal bulan ini diyakini akan mampu membantu memulihkan sektor pelancongan di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata, pihaknya turut optimis masa depan sektor ini juga akan terus berkembang apabila kerajaan negeri turut melonggarkan syarat kemasukkan ke Sabah.

“Saya optimis dan yakin dengan masa depan aktiviti pelancongan negeri Sabah yang akan kembali pulih terutama selepas kebenaran rentas negeri dikuatkuasakan awal bulan ini.

“Selain itu, kelonggaran yang diberi kepada pelawat yang masuk ke negeri ini tanpa perlu menjalani ujian saringan COVID-19 bermula 1 Disember depan juga akan mampu menarik lebih ramai pengunjung ke Sabah,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor diatas  kelonggaran terbaharu prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan baru-baru ini.

Jafry berkata, pihak industri dan masyarakat perlu bersama-sama kerajaan bagi menggerakan kembali industri pelancongan di negeri ini.

“Masyarakat, pemain industri dan kerajan sentiasa berkaitrapat dan berperanan membangunkan semula industri  pelancongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Antara langkah yang kini giat dilaksanakan oleh pihak kementerian melalui Lembaga Pelancongan Sabah (STB) adalah termasuk pengiklanan promosi penawaran pakej percutian kepada orang awam,” katanya.

Katanya, langkah proaktif ini dilihat berjaya  membantu sektor pelancongan kembali bersinar.

Dalam pada itu, beliau menyeru semua pemain industri sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

RELATED ARTICLES
Utama

AJ Productions Sdn. Bhd tarik diri kerjasama penganjuran BOHEX

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular