HomeUtamaKeunikan & Kepelbagaian Budaya Menjadi Tarikan Pelancong Datang Ke Sabah

Keunikan & Kepelbagaian Budaya Menjadi Tarikan Pelancong Datang Ke Sabah

Read Time:1 Minute, 22 Second

KUALA LUMPUR: Masyarakat setempat di Sabah yang berbilang kaum selain mempunyai keunikan budaya yang berlainan menjadi antara faktor kekuatan kepada pelancongan di negeri ini.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai berkata, selain keunikan budaya, Sabah juga terkenal dengan kekayaan alam semulajadi.

Katanya, kemesraan orang Sabah yang terdiri daripada pelbagai kaum turut menjadi daya tarikan kepada para pelancong datang ke negeri itu.

“Kita mempunyai 40 etnik dan lebih 200 kumpulan sub-etnik dengan dialek, budaya, dan adat resamnya sendiri.

“Mereka hidup bersama-sama dalam suasana harmoni dan tentu sekali ia menjadi antara tarikan kepada pelancong untuk ke Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam wawancara rancangan Selamat Pagi Malaysia mengenai pelancongan luar bandar berasaskan komuniti disini hari ini.

Joniston yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) berkata, kesatuan dan keramahan penduduk Sabah juga terserlah di luar bandar, di mana komuniti bekerjasama memajukan kampung dengan mengusahakan aktiviti pelancongan.

Katanya, pelancongan berasaskan komuniti itu terbukti mampu menjana sumber pendapatan baru kepada penduduk kampung.

“Konsep pelancongan ini juga dapat meningkatkan kesatuan dan kerjasama penduduk setempat kerana mereka mahu berjaya dalam usaha pelancongan.

“Ia juga telah membuka peluang pekerjaan kepada orang-orang muda, dan yang paling penting meningkatkan kesedaran dalam pemuliharaan alam sekitar. Ini membolehkan pelancong datang untuk melihat sendiri bagaimana penduduk kampung menjaga kawasan mereka.

“Di Sabah, kita sudah terkenal dengan gunung dan lautan yang cantik. Tetapi permata pelancongan juga ada di luar bandar dan selain itu, masyarakat majmuk juga menjadi tarikan,” katanya.

Joniston menegaskan STB sentiasa aktif mengenalpasti produk pelancongan luar bandar dan membantu penduduk kampung agar sentiasa bersedia menerima pengunjung dan memberi perkhidmatan terbaik sejak sekian lama terjejas akibat pandemik.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya